Demam Kepialu


Demam Kepialu | Demam itu perkara biasa bagi kita sebagai manusia . Demam juga merupakan peringatan kepada manusia tentang kematian . Pun begitu ada pelbagai jenis demam yang sering kita dengar , lihat dan baca .


Demam Kepialu


Demam Kepialu


Demam kepialu juga dikenali sebagai typhoid fever berlaku disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi ( S Typhi ) yang terdapat pada makanan dan minuman yang tercemar . 

Janis Makanan / Minuman


Selalunya bakteria Salmonella typhi akan berada pada makanan yang tidak dibersihkan dengan sempurna seperti makanan laut yang bercengkerang ( etok , kupang , kepah , kerang , lala dan tiram ) serta sayuran yang dimakan mentah / ulam juga cendol dan susu mentah .

Bagaimana Berlaku


Apabila seseorang itu memakan makanan atau minuman yang tercemar , maka bakteria Salmonella typhi yang terdapat pada makanan atau minuman itu akan masuk kedalam darah dan usus . 

Penyakit demam kepialu boleh juga merebak kepada orang lain melalui najis pesakit demam kepialu juga makanan dan minuman yang sudah tercemar dengan bakteria Salmonella typhi .

Tanda - tanda


Sekiranya anda menghidapi demam kepialu , tanda - tanda akan kelihatan selepas 3 hari , 1 hingga 2 minggu juga 3 bulan selepas terdedah kepada bakteria Salmonella typhi . Tanda - tanda anda menghidapi demam kepialu apabila :
  • demam berterusan dan berpanjangan
  • suhu badan melebihi 40 darjah celcius
  • cirit birit , sembelit , sakit perut , sakit kepala
  • sakit badan / lemah / letih / lesu
  • kurang selera makan
  • batuk tanpa kahak
  • denyutan jantung perlahan ( bradycardia )
  • ruam ( bintik merh pada bahagian atas badan )
  • bengkak limpa dan hati

Kesan


Sekiranya pesakit demam kepialu tidak dirawat ataupun mendapat rawatan segera di hospital , ianya boleh mengundng kematian . 

Bagi pesakit demam kepialu yang tidak sembuh , beliau boleh menjadi penyebar demam kepialu kepada orang lain .

Rawatan


Doktor akan memberikan rawatan awal kepada pesakit demam kepialu dan selalunya doktor akan memberikan rawatan antibiotik seperti  chloramphenicol ampicilin dan ciprofloxacin .

Pencegahan Individu


Langkah pencegahan boleh anda lakukan untuk menhindari dari menjadi penghidap demam kepialu seperti :
  • pastikan tangan anda dicuci dengan bersih menggunakan bahan pencuci sebelum mengambil sebarang makanan dan juga sebelum menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas .
  • Elakan makan makanan mentah dan ulam - ulaman jika anda tidak yakin dengan kebersihannya.
  • elakkan membeli minuman di tepi jalan ketika wabak sedang menular
  • elakkan minum ais yang datangnya dari kilang 
  • dapatkan pelalian vaksin demam kepialu
  • gunakan airbersih untuk penyediaan makanan
  • berhati - hati dengan makanan dan minuman selepas berlaku banjir atau bencana alam lainnya   

Pencegahan Pengendalian Makanan


Jika anda bekerja sebagai pengendali makanan , anda perlu pastikan 
  • anda dan pekerja anda telah menghadiri kursus pengendalian makanan
  • premis perniagaan anda bersih
  • bahan mentah untuk masakan adalah segar
  • proses nyahbeku daging dan ayam mestilah sempurna
  • mencuci makanan menggunakan air terawat yang mengalir 
  • memasak menggunakan air terawat
  • makanan hendaklah ditutup / bebas dari diharungi lalat


~ Sumber Informasi ~




0 Response to "Demam Kepialu"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...