Assalamualaikum ...
Tips Jaga Komputer Riba | Bismillah . Walaupun tablet semakin popular , komputer riba tetap menjadi pilihan terutama untuk menghasilkan artikel dan juga kertas kerja . Tablet yang menggunakan kaedah skrin sentuh , dilihat sebagai melecehkan dan menjadikan kerja lambat selesai .
Komputer Riba
Komputer riba atau laptop sememangnya terkenal penggunaannya pada masa kini . Ia bukan sahaja lebih mudah di bawa ke mana - mana , malah menampilkan pakej eksklusif sesuai dengan persekitaran kerja yang memerlukan kepantasan dan kecekapan .
Komputer riba yang dianggap sebagai ikon teknologi maklumat ini , perlu digunakan dengan sebaiknya , seperti kata pepatah , " alah membeli menang memakai . " Biarpun lama menggunakannya , ia tetap seperti baru dibeli .
Tips Jaga Komputer Riba
Kalau anda bijak menggunakannya , anda juga harus bijak menjaganya juga . Iku tips berikut khusus untuk menjaga komputer riba anda termasuk semua perkakasan dan perisiannya .
1- Bateri
- Cuba elakkan daripada menggunakan bateri . Komputer akan lebih sejuk tanpa haba dari bateri . Perlu diingatkan , jika bateri sudah habis dicas , anda digalakkan menggunakan kuasa dari adapter .
- Jika menggunakan bateri , pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula . Bateri mempunyai kesan memorinya . Jika terlalu kerap dicas , bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus .
2- Papan Kekunci ( Keyboard )
- Biasanya papan kekunci komputer riba mudah dimasuki habuk . Tip mudah untuk anda , lapikkan papan kekunci anda dengan kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya .
- Sesekali lap papan kekunci anda dengan perlahan - lahan . Jangan gosok terlalu kasar untuk mengelakkan daripada butang kekunci rosak .
- Jika berada di pejabat atau rumah , pastikan anda mempunyai papan kekunci dan tetikus yang lain . Jangan menggunakan hanya satu papan kekunci sahaja . Amalkan penggunaan papan kekunci komputer riba ketika berada di luar kawasan ini .
3- Skrin LCD
- Tahukan anda skrin LCD mahal haranya ! Oleh itu , barang yang mahal harus dijaga dengan sebaik mungkin . Lapkan ia selalu kerana ia mudah dimasuki habuk .
- Bagi menjaga skrin LCD , cuba anda menggunakan screen saver , kemudian power management anda setkan kepada " Turn Off monitor in XX minuts " . Ini akan memanjangkan hayat monitor komputer riba anda .
- Elakkan menyentuh skrin LCD ketika ingin menunjuk sesuatu pada skrin LCD . Ini kerana , pada tangan kita terdapat kesan minyak yang tertinggal dan cap jari akan kelihatan pada permukaan skrin . Nampak kotor dan sukar dibersihkan kecuali anda memiliki cecair khas untuk membersihkan skrin LCD komputer riba anda .
- Jangan sesekali meletakkan jari anda di skrin LCD ini kerana ia boleh mengakibatkan Dead Pixel .
- Jika tidak mahu menggunakan komputer buat seketika , eloklah anda menutup skrin dengan menekan butang on / off komputer anda . Ini dapat mengelakkan kesan bebayang ( shadowing effect ) pada skrin .
4- Haba Panas
- Ketika menggunakan komputer riba , pastikan ada ruang udara agar haba panas boleh keluar dari komputer riba anda .
- Perlu diingat , komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil .
5- Surge Protector
- Surge Protector berfungsi untuk menjaga perisian dan perkakasan dalam daripada rosak . Apa yang boleh disyorkan ialah jenama APC . Kelebihan APC adalah ia mempunyai bateri simpanan , line protection ( tiada bekalan elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi ) dan mempunyai amaran kehabisan bateri .
- Penggunaan Surge Protector ini paling efektif bagi menjaga HDD dan Power Supply .
6- Port
- Port di kiri dan kanan komputer riba perlu kerap dibersihkan kerana ia mudah dimasuki habuk .
- Lebih mudah jika anda menggunakan berus gigi lama ketika membersihkannya .
~ Sumber Informasi ~
Tq sis atas info ni.... memang kena jaga betul2 kan klu ada laptop ni...boleh guna lama...
ReplyDeletesangat berguna tips2 di atas :)
sy nyer laptop mmg x terjaga langsung slps dpt tab ;-)
ReplyDelete