Sukan Kegemaran Rasulullah


ASSALAMUALAIKUM ...

Sukan Kegemaran Rasulullah | Sukan merupakan riadah mudah yang dapat menjadikan badan kita sihat dan cergas . Selain itu , bersukan juga dapat membakar lemak seterusnya dapat menguruskan badan jika dilakukan secara konsisten .

Sukan Kegemaran Rasulullah


Sukan Kegemaran Rasulullah



Rasulullah juga beriadah untuk pastikan dia sentiasa sihat dan cergas . Banyak juga sukan yang baginda suka buat . Hadis di bawah ada menyatakan nya .



" Tiap - tiap sesuatu yang bukan zikrullah bererti permainan dan kelalaian , kecuali empat perkara : 
Seorang laki - laki berjalan antara dua sasaran ( untuk memanah ) ; seorang yang mendidik kudanya ; Bermain - main seseorang dengan isterinya ; Belajar berenang . "( Riwayat Thabarani )



1. MEMANAH


" Lemparkanlah panahmu itu , saya bersama kamu"  
( Riwayat Bukhari )

Ketahuilah bahawa yang dimaksud " kekuatan " itu ialah memanah . " Baginda ucapkan kata - kata itu 3 kali . ( Riwayat Muslim )

" Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik - baik permainanmu . " 

( Riwayat Bazzar dan Thabarani )

2. BERKUDA


" Demi Allah ! Sungguh Rasulullah SAW pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah ( kuda pacuan ) , maka dia dapat mengalahkan orang lain . Baginda saw sangat tangkas dalam hal itu 
( Riwayat Ahmad ) .


3. BERENANG


Rasulullah saw bersabda : 

" Ajarilah anak - anak kamu berkuda, berenang dan memanah . ( Riwayat Bukhari dan Muslim )


4. BERGUSTI


Rasulullah saw pernah bergusti dengan seorang lelaki yang terkenal kuatnya . Namanya Rukanah . Permainan ini di lakukan beberapa kali . 
( Riwayat Abu Daud )


5. BERLARI


Rasulullah bertanding dengan saya dan saya menang . Kemudian saya berhenti , sehingga ketika badan saya menjadi gemuk , Rasulullah bertanding lagi dengan saya dan ia menang , kemudian ia bersabda : " Kemenangan ini untuk kemenangan itu . " Iaitu seri atau sama - sama menang . "

( Riwayat Ahmad dan Abu Daud )



Rasanya kita memang tak boleh buat semua sebab dah cukup sibuk dengan urusan harian . Paling rajin pun pi jogging atau berenang pada hujung minggu . Itu pun dah kira baik dah .  



~ Sumber Informasi ~




3 Responses to "Sukan Kegemaran Rasulullah"

  1. Teringin nak memanah dan berkuda, tak pernah lagi try. Jom hidupkan sunnah baginda Rasulullah s.a.w :)

    ReplyDelete
  2. Akak teringin sangat nak anak belajar berkuda dan memanah.. tapi tulah kat sini kurang sgt tempat2 riadah spt ni...

    ReplyDelete
  3. semua jenis sukan di atas melibatkan semua anggota badan termasuk mata

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...