Assalamualaikum ...
Umum Tambang Baru LRT , Monorel | Sebagai pengguna pengangkutan awam , apa yang pengguna harapkan adalah harga baru tambang LRT, Monorel nanti adalah harga yang mampu mereka bayar . Maklumlah , membayar tambang untuk perjalanan pergi dan balik untuk sebulan bukannya kecil jumlahnya .
Umum Tambang Baru LRT , Monorel
Tambang baru bagi perkhidmatan LRT ( Transit Aliran Ringan ) dan Monorel akan diumumkan pada 31 Oktober 2015 selepas kertas cadangan pelarasan tambang diluluskan oleh mesyuarat kabinet . Sementara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD ) pula sedang mangadakan perbincangan dengan Prasarana Malaysia Berhad ( Prasarana ) sebelum pengumuman berlangsung pada hujung Oktober nanti .
Harga Tambang
Sebagai pengguna pengangkutan awam , apa yang pengguna harapkan adalah harga tambang yang mampu mereka bayar . Maklumlah , membayar tambang untuk perjalanan pergi dan bali untuk sebulan bukannya kecil jumlahnya .
Jika di Australia , tambang pengangkutan awamnya murah . Manakala bayaran untuk meletak kenderaan pula mahal . Justeru itu , penduduk Australia lebih suka menggunakan pengankutan awam berbanding memandu kereta sendiri . Kesannya , bandarayanya tiada berlaku kesesakan trafik seperti di negara lain . Malah lengang dari kenderaan di atas jalanraya .
Sekiranya harga tambang baru LRT dan Monorel nanti lebih tinggi berbanding sekarang , maknanya kerajaan kita tak perihatin dengan penderitaan rakyat marhain . Cukuplah dengan perlaksanaan GST yang menjadikan banyak jenis perniagaan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati . Kos sara hidup yang dah meningkat menjadi kian meningkat .
Maka , makin banyaklah rakyat Malaysia yang berpenyakit kerana tekanan kewangan ...
~ Sumber Informasi ~
MV bersetuju dengan pendapat diatas..kerajaan perlu mengkaji dan buat bancian sebelum keputusan diumumkan...
ReplyDeleteharga baru.. lama tak naik LRT.. tapi suka LRT dari KTM lagi ngeh3..
ReplyDeletekesiannya pada mereka yang memang menggunakan kemudahan ni... sekarang ni pun mmg dah sekat perbelanjaan sana sini... :'(
ReplyDeletesemua bendaa naik...apa yg x naik? dan apa yg nak dinaikkan lg??
ReplyDeleteMinyak naik, tol naik, kos itu ini naik moga lrt tu tak naik ^-^
ReplyDeleteNilai ringgit aje lah yg turun...huhu
ReplyDeleteAdehhh... Ni pun naik jugak... Gawat gawat...
ReplyDeletenmpknye semua benda naik rege...makin tggi la kos hidup kita nnti
ReplyDelete