Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah . Salam Maal Hijrah kepada pembaca Sumber Informasi tidak kira di mana jua anda berada . Hari ini kita telah memasuki 1437 hijrah , tahun baru dalam kelendar Islam . Kepada umat Islam yang masih berhajat untuk melakukan penghijrahan , jadikanlah agama sebagai ladasan hijrah . Hanya hijrah berlandaskan agama sahaja yang akan membawa anda ke jalan yang benar dan diredhai Allah s.w.t.
Firman Allah yang bermaksud :
"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (an-Nisa`: 100)
Agama Landasan Hijrah
Apabila kita jadikan agama sebagai landasan hijrah , kita akan lebih menginsafi kehilafan diri , lebih menghargai kekuasaan Allah yang maha penentu segala , memahami ketentuan Qada' dan Qadarnya , menyedari Allah itu maha pengampun lagi penyayang serta Allah itu maha mengetahui dan maha melihat segala yang kita lakukan .
Firman Allah yang bermaksud :
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أُولَـٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّـهِ ۚ وَاللَّـهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٢١٨
“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan Agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan Rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani . ” (AlBaqarah; Ayat:218)
Mendalami maksud al Quran merupakan langkah yang terbaik kerana kita akan rasa lebih dekat dengan Allah . Bila kita bersama Allah , maka Allah akan bersama kita dalam setiap langkah yang kita atur . DIA akan membantu kita selagi kita memohon pertolongan darinya . Maka janganlah sesekali tinggalkan solat kerana didalamnya terdapat doa - doa yang akan mengiringi kehidupan seharian kita .
Dengan hijrah melalui agama , insha Allah akan membuatkan jiwa kita jadi lebih tenang kerana kita akan menyedari bahawa setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita adalah merupakan ujian dari Allah kepada hambanya . Disebalik ujian itu sudah tentu ada hikmah dan pengajaran kepada kita juga kehidupan yang kita lalui . Apa langkah yang kita sendiri pilih untuk melalui ujian tersebut . Ianya akan mengajar kita tentang redha , sabar dan insaf . Allah s.w.t. tidak menjadikan atau menurunkan sesuatu itu tanpa sebab .
Daripada riwayat Abdullah bin Habsyi, Rasulullah SAW bersabda:
“ Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah. ” (Hadis riwayat Abu Daud)
Justeru itu , aturlah langkah penghijrahan anda berlandaskan agama . Insha Allah anda tidak akan tersesat atau tersalah langkah kerana agama adalah sebaik - baik medium rujukan dalam hidup setiap muslim .
Salam Maal Hijrah dari Sumber Informasi kepada semua pembaca . Semoga tahun 1437 Hijrah ini akan membawa satu tranformasi yang lebih baik dalam hidup kita .
~ Sumber Informasi ~
Salam Maal Hijrah Buat CM...Semoga hijrah kita semua diberkati Allah. aminn..
ReplyDeleteSalam maal Hijrah.
ReplyDeleteYa Allah, tetapkanlah hati kami pada jalan-Mu.
Salam.maal.hijrah vee.....Terima kasih berkongsi ilmu yang sangat berguna....
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah Vee. Semoga kehidupan kita semua sentiasa dibawah keberkatanNya... aamiin.
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah
ReplyDeleteSemoga hijrah kita mendapat keberkatan...
ReplyDeleteislam adalah agama yang benar dan lurus .salam hijirah untuk admin comel ;)
ReplyDeletemasa saya komen ni kita dah masuk hari ketiga
ReplyDeletedalam 1436H =)
suka ayat selepas hadis tu, terkesan di jiwa =)
SALAM MAAL HIJRAH 1437
ReplyDeleteMoga hijrah kali ini lebih baik... Insha Allah, Salam Maal Hijrah 1437...
ReplyDeleteSalam maal hijrah 1437
ReplyDeleteMoga lebih suksess..aamiin
salam maal hijrah
ReplyDeletemari kita pelan2 menuju kepada penghijrahan yang lebih baik dan berterusan =)
ReplyDelete