Perkara Sunat Dilakukan Pada 10 Muharram ( Asyura )


Assalamualaikum...


Perkara Sunat Dilakukan Pada 10 Muharram ( Asyura ) | Muharram merupakan bulan pertama di dalam Islam yang mengandungi 12 bulan kesemuanya . Mengikut sejarah , pada bulan Muharram berlakunya hijrah Rasulullah s.a.w .

Firman Allah yang bermaksud :

 Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu . ” 
(Surah at-Taubah, 9: 36)

Keistimewaan Muharram


Muharram adalah bulan yang banyak keistimewaannya . Selain Maal Hijrah iaitu kisah hijrah Rasulullah s.a.w , Muharram juga menghendaki kita berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram . Pada kedua hari ini , kita digalakkan membuat bubur Asyura untuk berkongsi rezeki berbuka dengan orang lain terutama dengan anak yatim . Malah perkongsian bubur Asyura dapat mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga , mengeratkan silaturrahim bersama orang - orang disekeliling . Ibadah puasa Muharram dan berkongsi bubur Asyura itu memberi gandaan pahala kepada yang melakukannya . 
“ Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura , maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu . ”


Perkara Sunat Dilakukan Pada 10 Muharram ( Asyura )


Perkara Sunat Dilakukan Pada 10 Muharram (Asyura)


Ada beberapa perkara sunat yang anda boleh lakukan pada bulan Muharram untuk mendapatkan pahala berganda . Antara perkara tersebut adalah

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri

fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin

fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah

fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat

fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

6. Bersedekah

fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri

fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi Sunat

fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu. Lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’


9. Bercelak

fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.


11. Sembahyang sunat empat rakaat

fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’ Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.


12. Membaca ‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’

fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .


13. Menjamu orang berbuka puasa 

fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. Puasa

fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 

Lafaz niat puasa Asyura 
Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala


Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.



~ Sumber Informasi ~





23 Responses to "Perkara Sunat Dilakukan Pada 10 Muharram ( Asyura )"

  1. T kasih atas perkongsian & peringatan ini Vee. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin. Salam ceria hari minggu, melinjau galaxy s4 di promo content.. :D

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian.. :)

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah...kalu tak dapat semua pun sebahgian pun akan cuba lakukan...
    Terima kasih atas peringatan ini vee...

    ReplyDelete
  4. Salam 10 Muharam Sis Vee..Selamat berpuasa ya...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah, masuk je blog vee byk dipaparkan kelebihan bulan Muharram...subhanaAllah belanja makan suami dan anak2 pun kira pahala tinggi...sonok yer

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah sama-sama kita rebut ganjaran :)

    ReplyDelete
  8. Sementara diberi peluang sebaiknya lakukan mana yg termampu. Kita pun tak tahu tahun depannya dpt bertemu lagi atau tak kan..

    ps: Kadang kakak tak dpt nak baca N3 Vee tau. Dia cuma display muka depan aje. Nak cari N3nya tak ada..

    ReplyDelete
  9. bahagian bila dapat berpuasa pada 8-20 muharam. alhamdulilah.

    ReplyDelete
  10. Aima cuba untuk berpuasa hari ni.. InsyaAllah, moga kita terima ganjaranNya.

    ReplyDelete
  11. Nice sharing Vee...
    semoga langkah permulaan di jadikan amalan utk terus membuat kebaikan..

    ReplyDelete
  12. Ramai juga yang berpuasa hari nie...

    ReplyDelete
  13. Thanks for sharing.
    Nak baca 1000x tu... Ermmm..
    Harap boleh buat..

    ReplyDelete
  14. Nampak sedap... thanks for sharing...

    ReplyDelete
  15. menbarik sis..baru dapat singgah hari ini..line menduga kesabaran ku..huhuhu..

    ReplyDelete
  16. terima kasih tuk perkongsian ni vee

    ReplyDelete
  17. Terima kasih atas perkongsian CM ;)

    ReplyDelete
  18. Satu perkongsian yg menarik untuk kita semua..

    ReplyDelete
  19. Baca lagi. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  20. Terima kasih atas perkongsian dan nasihat..

    ReplyDelete
  21. Perkongsian yang bagus untuk amalan bersama

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...