Semak Bacaan IPU Jerebu Online | Petang ini di kawasan sekitar Putrajaya , jerebu semakin menebal . Jika dilihat pada jarak penglihatan , macam tak percaya saja bahawa bacaan indeks IPU jerebu masih di bawah 200 .
Tak Selamat
Keadaan jerebu yang semakin tebal buatkan CM rasa di dalam rumah pun tidak selamat . Hari in sahaja , dua orang anak buah CM sudah mengalami batuk . Mujurlah si kecil Ainul yang berusia setahun lebih itu masih sihat , buat masa ini . Kalau rumah ada penyejuk udara , bolehlah tutup semua tingkap yang ada . Sekarang ini pun CM rasa sesak nafas .
Semak Bacaan IPU Jerebu Online
Untuk memudahkan anda mengetahui bacaan terkini indeks IPU jerebu , anda boleh sahaja semak bacaan IPU jerebu secara online di SINI . Bacaan ini perlu bagi anda yang perlu ke luar rumah atas urusan kerja , juga menghadiri majlis perkahwinan atau lainnya .
Semoga maklumat ini dapat membantu anda .
~ Sumber Informasi ~
Hari ni rasa macam teruk la kat sekitar Bangi :(
ReplyDeletesetiap hari pun teruk la fidah ... huhuhuuu
Deletejerebu kali ni memang agak teruk sket. hujan pun, esok ada jerebu balik.
ReplyDeleteklu hujan kat tempat kebakaran mungkin krg sikit kot ...
Deleteteruknya di semua negeri..
ReplyDeletesatu malaysia lah nina ...
Deletesesak nafas bila fikir jerebu ni.. sabah pun ada sis tapi tak seteruk Semenanjung lah... huhu
ReplyDeletekat sini turu naik lah jerebunya atie ...
DeleteKat utara pun semakin kelabu jadinya..
ReplyDeleteKesian kat ibu yg mengandung dan bayi yg baru lahir terpaksa menghadap jerebu huhuu..
ReplyDeleteKL da jerebu balik...aduhhh letih!!!
ReplyDeleteBakar Arang Sungai Petani pun dah mula catat ipu tak sihat..hukhuk
ReplyDelete