Assalamualaikum ...
Dua Saiz Baru Zenfone2 Laser Pada November | Bismillah . Zenfone sangat sensitif dengan minat dan jangkaan tinggi peminat tegar smartphone . Justeru itu , Asus sentiasa berusaha menaiktaraf setiap gadget yang mereka tawarkan di pasaran . Walaupun bukan mudah , tetapi Asus sentiasa mahu mencari kelainan berasaskan permintaan peminat tegar smartphone .
Zenfone2 Laser
Zenfone2 Laser telah berada di pasaran seawal Septemer 2015 dengan skrin bersaiz 5.5 inci . Zenfone2 Laser 5.5 inci akan hadir dengan warna baru iaitu gold dan Gun Metal Gray di pasaran pada penghujung bulan ini .
Kelebihan
Kelebihan Zanfone2 Laser adalah pada keupayaannya merakamkan gambar dengan pantas pada keadaan cahaya yang rendah . Hasilnya lebih cantik dan menarik berbanding menggunakan iPhone 6 Plus , hasil penggunaan teknologi PixelMaster 2.0 . Turut disertakan juga sokongan manual bagi mereka yang mahu menggunakannya .
Zenfone2 Laser telah dibina menggunakan teknologi Asus Splendid yang memudahkan pengguna untuk mengawal warna paparan pada skrin . Terdapat sokongan HD penuh untuk versi 6 inci .
Dua Saiz Baru Zenfone2 Laser Pada November
Untuk memuaskan kehendak pengguna tegar Zenfone2 Laser , kini , Asus telah mengeluarkan dua lagi produk Zenfone2 Laser dengan saiz yang berbeza iaitu 5 inci dan 6 inci . Zenfone2 Laser bersaiz 5 inci dan 6 inci itu akan berada di pasaran pada November depan . Harga yang ditawarkan untuk Zanfone2 Laser 5 inci adalah RM649 dan Zenfone2 Laser 6 inci di bawah RM1000 .
Perbandingan Versi Zenfone2 Laser
Untuk memudahkan anda memilih sekiranya berhasrat mahu memiliki antara satu dari ketiga - tiga produk Zenfone2 Laser , berikut adalah panduannya .
~ Sumber Informasi ~
malas dah nk kejar gajet terkini.. dah ada 1 cukup la.. bukannya org kaya nk tukar2 gajet selalu.. hehehe
ReplyDeleteMenariks...harga pun berpatutan
ReplyDeleteMenarikknya.... nak juga tengok2 nti...makin canggih..
ReplyDeleteZumal yakin dengan produk Asus nie. Kipidap Asus ^-^
ReplyDelete