ASSALAMUALAIKUM ...
Makanan Dari Syurga | Bila SI baca maklumat nih , barulah SI tahu betapa setiap apa yang Rasulullah makan itu ada banyak khasiat / manfaat yang kita tak tahu sedangkan apa yang Rasulullah makan adalah contoh terbaik dan merupakan sunnah kepada kita umatnya .
Bila sebut saja makanan dari syurga , tentu ramai yang nak tahu apakah makanan itu . Sudah tentulah makanan syurga itu adalah makanan kegemaran Rasulullah . Jadi , kat sini SI nak kongsi dengan para pembaca tentangnya .
Barli
Rasulullah SAW sangat suka makan BARLI . Setahu SI barli ni boleh sejukkan badan . Jadi sangat eloklah untuk mereka yang demam . Malah Rasulullah gunakan beras barli untuk buat roti .
Kurma
Oleh sebab kat sana pokok kurma yang paling mudah hidup , jadi KURMA tuh dah macam makanan ruji lah . Maka Rasulullah bersabda : " Rumah yang tak ada kurma seperti rumah yang tiada makanan ." Malah makan kurma boleh buat anda rasa kenyang . "
Makan kurma boleh buat anda rasa kenyang dan bertenaga . Oleh sebab itu , kurma sangat sesuai untuk perempuan yang mengandung dan orang yang berpuasa .
Makan kurma boleh buat anda rasa kenyang dan bertenaga . Oleh sebab itu , kurma sangat sesuai untuk perempuan yang mengandung dan orang yang berpuasa .
Buah Tin
Tak ramai orang yang kenal BUAH TIN . Kat sini cuma ada yang dikeringkan jer . Rasulullah suka buah tin sebab buah tin adalah buah dari syurga . Kelebihannya , boleh ubat penyakit buasir .
Anggur
Buah ANGGUR dapat bersihkan perut serta darah dan menguatkan bauh pinggang . Sebab tuh Rasulullah sangat sukakannya .
Madu
Madu adalah raja . Madu adalah raja segala ubat , makanan dan minuman . Kalau anda sedang cirit - birit , campurkan jer MADU dengan segelas air panas . Membuka selera kepada yang tak de selera nak makan . Kalau bangun pagi banyak sangat kahak kat tekak tuh , telan jer satu sudu madu . Madu juga dapat menguatkan perut . Kerana kelebihan inilah Rasulullah sangat sukakan madu . Lagi elok kalau dapat minum pada waktu pagi dengan segelas air suam .
Tembikai
Rasulullah berkata , " wanita yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakan dan wajahnya . " Amalkan lah makan TEMBIKAI kalau pembaca nak kan manfaatnya .
Susu
Manfaat SUSU ni tak taulah untuk susu apa . Rasulullah minum susu kambing segar . Alkisahnya , Rasulullah kata susu ni elok untuk membuang panas badan . Malah susu juga dapat menguatkan belakang , memperbaiki otak , memperbaharui pandangan mata dan membuang kelupaan .
Cendawan
Sesiapa yang ada masalah mata , makanlah bebanyak CENDAWAN ya . Malah baik juga untuk merancang keluarga secara natural .
Minyak Zaitun
Penyanyi Nasir Wahab menyapu MINYAK ZAITUN kemukanya 2 kali sehari untuk kekal awet muda . Penyanyi / pelakon Bienda menggunakan minyak zaitun untuk menanggalkan makeup dimukanya . Malah Aisyah r.a. memberitahu beliau pernah nampak Rasulullah melumurkan minyak zaitun ke badannya . Bila disapukan pada rambut , rambut akan sihat dan bersinar , disapukan pada kulit , kulit akan jadi halus dan lembut . Malah dapat merawat radang perut .
Delima
Nak bersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari , makanlah buah DELIMA .
Air
Bila dahaga , minumlah AIR sedutlah air perlahan - lahan . Sekali minum , tiga kali telan sdah cukup . Jika diteguk , mudah dapat sakit pada hati .
~ Sumber Informasi ~
Good Info... ! Thanks..
ReplyDeleteMakanlah makanan sunnah pasti kita terhindar dari pelbagai penyakit... Insha Allah
ReplyDeletekalau kat dunia dah enak kat syurga ntah mcm mn yek??
ReplyDeleteTq utk info ni, plng suka buah tin&delima....;-)
ReplyDelete