Adab Masuk Tandas


Assalamualaikum ...


Adab Masuk Tandas | Bismillah . Ramai antara kita , bila dah nak terkucil la sangat kan , terjah jer la bilik air tu . Lupa la segala doa dan adabnya . Ada juga yang sudah berada di dalam tandas baru teringat nak baca doa . Lagi tak elok bila dah keluar baru teringat tak baca doa .


Adab Buang Air

Doa 


Kepada sesiapa yang masih tidak tahu doa masuk dan keluar tandas atau nak ajarkan anak , ikut sahaja panduan pada gambar yang SI sediakan .

Doa masuk tandas ini penting untuk halau jin daripada mengganggu . Ini kerana , tandas adalah tempat tinggal jin . 

Manakala doa keluar tandas pula dibaca bertujuan untuk bersyukur kepada Allah .

Adab Masuk Tandas


Banyak adab yang kita perlu patuhi sebelum memasuki tandas . Ini kerana , seperti yang anda sudah sedia maklum , tandas adalah tempat kita membuang kekotoran . Maka , ada peraturan yang kita perlu akur sebelum masuk ke tandas .

1- Jangan sekali - kali dedahkan aurat sebelum masuk tandas sebab itu adalah menyalahi syarak .




2- Pastikan kepala itu bertutup . 


3- Sebelum masuk tandas , bacalah doa dan  melangkah masuk dengan kaki kiri .


Adab Buang Air


4- Bila nak keluar dari tandas , mulakan langkah dengan kaki kanan . Dah dok kat luar tandas tu , apa lagi , baca lah doa ...



5- Kalau boleh , elakkan bersembang di dalam tandas .


Ibnu Umar menceritakan ;
" Seorang lelaki telah lalu berhampiran Nabi SAW yang sedang kencing . Ia memberi salam kepada Baginda , namun Baginda tidak menjawab salamnya . "( Riwayat Muslim )

6- Barang - barang yang ada kalimah Allah , ayat al - Quran atau yang sewaktu dengannya , jangan dibawa masuk tandas . Adakalanya kita meletakkan surah Yassin juga Manzil di dalam beg tangan .



7- Kalau kita berada di luar di tempat yang tak ada tandas seperti di hutan atau di pertengahan perjalanan , maka perlulah ;


  • mencari tempat yang jauh daripada orang ramai .
  • jangan menghadap ke arah kiblat atau membelakanginya .
  • hendaklah mencari tempat yang sesuai .
  • jangan buang di bawah pokok yang berbuah dan
  • jangan buang di tanah yang merekah kerana di situ mungkin tempat tinggal jin .


~ Sumber Informasi ~



3 Responses to "Adab Masuk Tandas"

  1. TQ sharing sis... kadang2 perkara2 mcm ni pun kita terlepas pandang...
    kak siap belajar dari anak lg bab2 adab masuk tandas ni... hihi

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian SI ^-^

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...