Tahukah Anda : Bahaya Saf Tidak Rapat


Tahukah Anda : Bahaya Saf Tidak Rapat | Solat secara berjamaah sangat dianjurkan oleh Islam . Solat berjamaah boleh dilakukan bukan sahaja di masjid malah juga di rumah dan juga ditempat lain sekiranya jumlah orang yang mahu menunaikan solat itu ramai dan ada yang boleh menjadi imam . 

Tahukah Anda : Bahaya Saf Tidak Rapat

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Luruskan saf kamu kerana sesungguhnya meluruskan saf termasuk kesempurnaan solat ( berjamaah ) . "
( Riwayat Muslim )

Solat yang dikerjakan secara berjamaah akan beroleh pahala 27 darjat berbanding solat yang dikerjakan seorang diri . Merapatkan saf , menyamakan tumit , tidak mengganggu makmum lain dengan bacaan yang nyaring , rukuk , sujud dan tenang serta seumpamanya ialah adab-adab dalam solat berjamaah . Adab-adab tersebut hendaklah dijaga dan dilaksanakan .

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya ( kekuasaannya ) , aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf , sebagaimana masuknya anak kambing . "
( Riwayat Abu Daud )

Merapatkan dan meluruskan saf mencerminkan kesempurnaan solat . Rasulullah s.a.w. sangat menekankan perkara ini . Sebab itulah , sebelum memulakan solat , imam akan berpesan kepada jamaah agar merapatkan saf dan meluruskan saf mereka . Demikian juga yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. 

0 Response to "Tahukah Anda : Bahaya Saf Tidak Rapat"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...