Tahukah Anda : Bezza Model Perodua Sedan Terbaru 2016


Tahukah Anda : Bezza Model Perodua Sedan Terbaru 2016 | Selepas mengeluarkan beberapa model kompak seperti kancil , Axia dan MyVi yang telah mengungguli permintaan di pasaran tempatan , kini Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad atau lebih dikenali dengan PERODUA kembali dengan model sedan pula .


Tahukah Anda : Bezza Model Perodua Sedan Terbaru 2016


Bezza Model Perodua Sedan Terbaru 2016


Model terbaru jenis sedan keluaran PERODUA itu dikenali dengan nama Bezza . Model Perodua Bezza dihasilkan menggunakan platform Axia dengan reka bentuk badan dan ruang kabin direka sendiri dengan menggunakan kepakaran sepenuhnya oleh kakitangan PERODUA . Ianya juga dibina menggunakan kandungan bahan yang sangat tinggi malah antara yan tertinggi dalam kalangan kenderaan tempatan .


Tahukah Anda : Bezza Model Perodua Sedan Terbaru 2016



Model Perodua Bezza ditawarkan kepada pembeli dalam dua varin iaitu 1.0 liter dan 1.3 liter dengan jaminan untuk lima tahun penggunaan . Varian 1.0 liter didatangkan dengan transmisi manual 5-kelajuan, transmisi automatik 4-kelajuan dan Standard G (manual dan auto), manakala Varian 1.3 liter menawarkan transmisi manual 5-kelajuan, transmisi automatik 4-kelajuan, Premium X (manual dan auto) dan Advance (auto sahaja).

Kedua-dua enjin Perodua Bezza berkenaan dihasilkan di kilang baharu PERODUA / Daihatsu di Negeri Sembilan. Enjin 1.0 liter 1KR-VE VVTi adalah sama dengan enjin Axia, manakala enjin 1.3 liter 1NR-VE dwi VVT-i adalah enjin suntikan langsung (direct injection) baharu yang moden. 

Model sedan Bezza ini dibina dengan objektif penggunaan bahan api serendah 22.9 km/l dan memenuhi ciri kenderaan Energy Efficient Vehicle (EEV) oleh MAI/MITI. Malah, bagi varian 1.3 Advance, ia dilengkapkan dengan sistem Eco-Idle atau sistem Henti Melahu, yang mana enjin akan mati sendiri apabila berhenti ketika lampu isyarat merah atau apabila kenderaan tidak bergerak, dan akan hidup semula secara automatik apabila menekan pedal minyak. 

Varian 1.3 liter Advance juga muncul model PERODUA yang pertama mendapat pengiktirafan ASEAN NCAP 5-bintang kerana ia dilengkapi kawalan kestabilan kenderaan (VSC). 

Harga jualan Perodua Bezza bagi kedua-dua varian 1.0 liter dan 1.3 liter yang dikategorikan dalam sedan Segmen A dijangka dalam julat di antara RM30,000 hingga RM55,000.

0 Response to "Tahukah Anda : Bezza Model Perodua Sedan Terbaru 2016"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...