Tahukah Anda : Adab Mendengar Azan | Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat . Azan juga bermaksud menyeru umat Islam supaya meninggalkan pekerjaan mereka lalu menunaikan solat .
Allahu akbar Allahu akbar 2XAsyhadu allaailaahaillAllah 2XAsyhadu anna muhammadar rasuulullah 2XHayya ‘alash shalaah 2XHayya ‘alal falaah 2XAllahu akbar Allahu akbar 1XLaailaahaillallah 1X
Apabila anda mendengar azan berkumandang , maka perlulah anda
- menjawab azan tersebut
- sunat untuk berdiam diri dan menjawab seruan azan tersebut
- makruh hukumnya jika bercakap-cakap ketika azan berkumandang
- bermain-main ketika azan berkumandang juga makruh hukumnya
Oleh itu , jika azan berkumandang , sahutlah seruan azan dan hentikan pekerjaan kita serta bersegeralah menuju untuk menunaikan solat . Dengan itu kita telah menunaikan hak seorang hamba kepada Tuhannya dan hasilnya menjadi seorang Muslim yang berperibadi tinggi .
1. Masa azan dilaungkan, jawablah seperti yang diajarkan oleh Islam.
Apabila kita dengar muazzin melaungkan ;
- Allahu Akbar : maka kita kena jawab “Allahu Akbar”
- Asyhadualla ilaaha illallah : maka jawabnya “Asyhadualla ilaaha illallah”
- Asyhaduanna muhammadar rasulullah : maka jawabnya “Asyhaduanna muhammadar rasulullah”
- Hayya’alassolah : maka kita kena jawab “Laahaula wala quwwata illa billahil’aliyyil’aziim”
- Hayya’alalfalah : maka kita kena jawab “Laahaula wala quwwata illa billahil’aliyyil’aziim”
- Laailaha illallah : maka kita kena menyahut “Laailaha illallah”
AZAN SUBUH
- ASH-SHALAATU KHAIRUM MINANNAUM : Maka SHADAQTA WA BARARTA WA ANAA 'ALAA DZAALIKA MINASY-SYAAHIDIN
2. Apabila dah dengar azan, bersegeralah ke tempat azan diazankan untuk solat berjemaah. Dan bagi golongan wanita, bersegeralah menunaikan solat. Jangan dilengah-lengahkan solat hingga akhir waktu.
Menjawab azan adalah sunat hukumnya, manakala bercakap ketika azan pula bukanlah suatu perkara yang diharamkan. Ini berdasarkan perbuatan Nabi saw dan para sahabat baginda yang bercakap ketika azan.
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Soheh Muslim menyebut lebih kurang :
" Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan muazzin sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya sama ada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan dari menjawab azan ialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya..."
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: (Dhoief (lemah) ataupun Palsu)
‘Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.’
Berdasarkan dua pendapat ulama ini maka mustahil orang yang tidak mendiamkan diri ketika azan akan dikelukan lidahnya ketika hampir mati, kerana hukum menjawab azan itu adalah sunat sahaja sepertimana yang dinyatakan oleh kebanyakan ulama.
Berkenaan dengan hadith tersebut, salah satu daripada ciri-ciri sesuatu hadith itu palsu ataupun dhoief ialah apabila ia memberikan ancaman yang besar atas kesalahan yang kecil. Demikianlah hadith yang ditanyakan di atas. Ia memberi ancaman yang berat jika meninggalkan perkara yang sunat iaitu menjawab azan. Ini menunjukkan hadith tersebut bukanlah hadith yang sahih. Ia sekitar hadith yang Dhoief (lemah) ataupun Palsu. Wallahu a'lam
DOA AZAN DAN IQAMAH (BIASA KAT TV)
SYARAT SAH AZAN DAN IQAMAH
1. Masuk waktu sembahyang melainkan waktu Subuh kerana ia mempunyai dua azan. Azan pertama dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula waktunya selepas berlalu separuh malam.
2. Hendaklah dengan bahasa Arab, tetapi boleh melakukan azan untuk diri sendiri dengan terjemahannya sekiranya tidak tahu melakukan azan dengan bahasa tersebut.
3. Azan dan Iqamah hendaklah dinyaringkan biarpun didengari oleh salah seorang daripada jama‘ah ketika sembahyang berjama‘ah.
4. Tertib dan muwalat di antara lafaz azan dan iqamah.
5. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja.
6. Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki muslim yang berakal.
0 Response to "Tahukah Anda : Adab Mendengar Azan"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...