Assalamualaikum ...
Ziarah Kubur | Bismillah . Selalunya , ramai antara kita akan menziarahi kubur pada pagi hari raya . Ziarah kubur ini disyariatkan supaya kita ingat kepada kematian , melembutkan hati , membuat kita menginsafi hingga menitis air mata , mengambil pelajaran dan membuat zuhud kepada dunia .
Ziarah Kubur
Rasulullah s.a.w. bersabda :
كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ أَلَا فَزُورُوهَا، فَإِنَّهُ يُرِقُّ الْقَلْبَ، وَتُدْمِعُ الْعَيْنَ، وَتُذَكِّرُ الْآخِرَةَ، وَلَا تَقُولُوا هُجْرًا“Dahulu aku melarang kalian untuk berziarah kubur, sekarang berziarahlah karena ziarah dapat melembutkan hati, membuat air mata menetes, dan mengingatkan akhirat. Dan janganlah kalian mengucapkan al hujr "
“أكثروا ذكر هازم اللذات” يعني : الموت." Perbanyaklah mengingat pemutus kelazatan (yakni kematian) "
زار النبي قبر أمه. فبكى, وأبكى من حوله، فقال: استأذنت ربي في أن أستغفر لها، فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فإنها تذكر الموت“ Nabi pernah menziarahi makam ibu beliau. Lalu beliau menangis. Tangisan beliau tersebut membuat menangis orang-orang disekitarnya. Lalu beliau bersabda : “Aku meminta izin kepada Rabb-ku untuk memintakan ampunan untuk ibuku. Tapi Dia tidak mengizinkannya. Dan aku meminta izin untuk menziarahi makam ibuku, maka Dia mengizinkannya. Maka berziarahlah kalian karena ziarah tersebut dapat mengingatkan kalian kepada kematian ”
زار النبي قبر أمه. فبكى, وأبكى من حوله، فقال: استأذنت ربي في أن أستغفر لها، فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فإنها تذكر الموت“ Nabi pernah menziarahi makam ibu beliau. Lalu beliau menangis. Tangisan beliau tersebut membuat menangis orang-orang disekitarnya. Lalu beliau bersabda : “Aku meminta izin kepada Rabb-ku untuk memintakan ampunan untuk ibuku. Tapi Dia tidak mengizinkannya. Dan aku meminta izin untuk menziarahi makam ibuku, maka Dia mengizinkannya. Maka berziarahlah kalian karena ziarah tersebut dapat mengingatkan kalian kepada kematian ”
Bolehkah Wanita Menziarahi Kubur ?
Mengingati kematian adalah perlu bagi lelaki dan wanita . Justeru itu menziarahi kubur dapat melembutkan hati , mengingat akhirat dan menitiskan air mata kerana menginsafi .
Nabi s.a.w. memberikan keringanan kepada para wanita untuk berziarah kubur. Dalilnya adalah hadis dari shahabat Abdullah bin Abi Mulaikah :
أن عائشة أقبلت ذات يوم من المقابر، فقلت لها: يا أم المؤمنين من أين أقبلت؟ قالت: من قبر أخي عبد الرحمن بن أبي بكر، فقلت لها: أليس كان رسول الله نهى عن زيارة القبور؟ قالت: نعم: ثم أمر بزيارتها“Aisyah suatu hari pulang dari pekuburan. Lalu aku bertanya padanya : “Wahai Ummul Mukminin, dari mana engkau?” Ia menjawab : “Dari kubur saudaraku Abdurrahma bin Abi Bakr”. Lalu aku berkata kepadanya : “Bukankah Rasulullah melarang ziarah kubur?” Ia berkata : “Ya, kemudian beliau memerintahkan untuk berziarah” “
Ucapan Kepada Ahli Kubur
Disebutkan dalam kisah ‘Aisyah yang mengikuti Nabi s.a.w. ke perkuburan Baqi’ dalam sebuah hadits yang panjang, ‘Aisyah bertanya kepada Rasulullah :
كيف أقول لهم يا رسول الله؟ قال: قولي: السلام على أهل الديار من المؤمنين والمسلمين، ويرحم الله المستقدمين منا والمستأخرين، وإنا إن شاء الله بكم للاحقون“Ya Rasulullah, apa yang harus aku ucapkan kepada mereka (penghuni kubur)?” Rasulullah menjawab, “Katakanlah : Assalamu’alaikum wahai penghuni kubur dari kalangan kaum mukminin dan muslimin. Semoga Allah merahmati orang-orang yang mendahului kami dan orang-orang yang datang kemudian. Dan insya Allah kami akan menyusul kalian”
SUMBER
Selepas membaca ayat - ayat al - Quran , hadaplah ke kiblat dan berdoa untuk si mati meminta pada Allah supaya mengampuni dosanya dan melimpahkan rahmat kepadanya .
Mungkin ramai yang tidak tahu hukum sebenar menziarahi kubur . Untuk lebih jelas berikut adalah jawapannya .
Menziarahi kubur Rasulullh s.a.w. di Madinah al Munawwarah bagi lelaki atau perempuan adalah sunat kerana kebaikan dan pahalanya amatlah besar .
NOTA :
Adab Dan Peraturan Ziarah Kubur
Ziarah kubur ni tak bolehlah ikut suka kita saja sehinggakan berselfie dan dikongsikan di laman sosial . Ada adab dan peraturan menziarahi kubur yang kita perlu patuh . Antaranya :
1- Pastikan anda bersih dari hadas ( sunat berwuduk )
2- Sunat memberi salam dan berdoa pada ahli kubur
Dari Buraidah al-Aslami r.a, katanya;
” Rasulullah s.a.w pernah mengajar sahabat-sahabatnya apabila mereka menziarahi tanah perkuburan supaya tiap tiap seorang di antara mereka (memberi salam dan berdoa dengan berkata: Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli perkampungan (tanah kubur) ini, dari kalangan kaum mukminin dan muslimin; dan bahawa kami juga- Insya Allah akan menurut kamu apabila sampai gilirannya; semoga Allah memberi rahmat dan selamat sejahtera kepada kami dan kamu sekelian ” (Hadith riwayat Ahmad , Muslim dan Ibnu Majah)
3- Duduk di sisi muka si mati dan memberi salam kepadanya
Berilah salam kepada si mati seperti , " Assalamualaikum wahai ayahku . " Untuk mengetahui arah muka si mati , semua orang mati dikebumikan dengan keadaan mengiring atas sebelah kanannya dan mukanya mengadap kiblat .
4 - Sunat membaca ayat - ayat al Quran
Selepas memberi salam , bacalah ayat - ayat al - Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati .
5- Berdoa kepada si mati
Selepas membaca ayat - ayat al - Quran , hadaplah ke kiblat dan berdoa untuk si mati meminta pada Allah supaya mengampuni dosanya dan melimpahkan rahmat kepadanya .
Hukum Ziarah Kubur
Mungkin ramai yang tidak tahu hukum sebenar menziarahi kubur . Untuk lebih jelas berikut adalah jawapannya .
Kubur Rasulullah s.a.w.
Menziarahi kubur Rasulullh s.a.w. di Madinah al Munawwarah bagi lelaki atau perempuan adalah sunat kerana kebaikan dan pahalanya amatlah besar .
Kubur Ibu Bapa
Hukum menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakkad . Sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadis - hadis Rasulullah s.a.w. Makin bertambah pahalanya, jika kubur ibu bapa diziarahi pada tiap-tiap hari jumaat dan dibacakan surah Yaasin disisinya. Kelebihan mengenang ibu bapa dengan doa dan dengan menziarahi kuburnya membawa kebaikan bukan sahaja kepada anak-anaknya yang soleh tetapi juga kepada anak derhaka.
Seperti dalam sebuah hadith diterangkan:
" Anak derhaka yang kematian kedua ibu bapanya kemudian dia (menyesal dan bertaubat) dan sentiasa berdoa untuk mereka, nescaya ia diampuni Allah dan dikira sebagai anak yang taat. "
Perbuatan Yang Dilarang Ketika Di Perkuburan
1. Membuat Bangunan Di Atas Kubur
Imam Syaukani mengatakan:
” Antara larangan meninggikan kubur adalah termasuk membangun kubah-kubah dan makam-makam (cungkup-cungkup) yang dibangunkan diatas kubur. Juga termasuk menjadikan kubur sebagai masjid, padahal Rasulullah s.a.w telah melaknat orang-orang yang berbuat demikian. "
2. Menembok Kubur Dan Membuat Tulisan-Tulisan
Berdasarkan hadis Jabir yang diriwayatkan oleh Tirmizi, dilarang menembok kubur dan membuat tulisan-tulisan di atasnya. Hendaknya kuburan seorang muslim itu dibuat sederhana dan janganlah berbangga-bangga dan bermegah-megah dengan kubur dan jangan membuat tembok, memagarinya dengan pagar besi yang mahal, menulisnya dengan dakwat emas, mengukir dan sebagainya.
3. Menjadikan Kubur Sebagai Tempat Solat
Perhatikan hadis dari Jundub, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
” Ingat! Sesungguhnya orang-orang yang sebelum kamu dahulu menjadikan kubur nabi-nabi dan orang-orang soleh mereka seperti masjid. Ingat! Sebab itu janganlah kamu menjadikan kuburan seperti masjid. Sesungguhnya aku melarang kamu berbuat demikian.” (Riwayat Muslim)
Pada hadis lainya dari Abu Martsad Al-Ghanawi:
”Jangan kamu duduk di atas kubur dan jangan kamu solat mengadap kepadanya.”
4. Berjalan di Sela-sela Kubur Memakai Alas Kaki
Mengenai larangan berjalan disela-sela kubur dengan memakai alas kaki dijelaskan dalam hadis dari Basyir Al-Khashashiah, mengatakan:
Bahawa Rasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki berjalan dengan memakai terompah disela-sela kubur, maka baginda bersabda:
”Wahai pemakai terompah, tanggalkanlah terompah itu”.
(Riwayat Al-Khamsah kecuali Tirmizi)
Menurut riwayat, orang itu melihat Rasulullah s.a.w dan ketika diketahuinya.dia melepaskan terompah dan mencampakkannya.
Berdasarkan hadis tersebut di atas,dilarang duduk di atas kubur. Dan juga dilarang berjalan di sela-sela kubur dengan memakai alas kaki. Ini dianggap sebagai adab untuk menghormati penghuni kubur. Kecuali jika ditakuti banyak duri atau sesuatu yang mungkin membahayakan kaki, maka dalam keadaan demikian dibenarkan memakai alas kaki.
5. Menabur Bunga
Menabur bunga , bunga rampai dan sebagainya di atas kuburan tidak disyariatkan di dalam Islam. Tidak ada nasnya dari Rasulullah s.a.w dan tidak pernah diperbuat oleh sahabat. Perbuatan yang demikian bertentangan dengan ajaran islam, sebab dapat digolongkan kepada pembaziran.
Firman Allah bermaksud:
” Dan janganlah kamu menghamburkan-hamburkan harta mu secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan, dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”(Al-Isra’ :26-27)
6. Menyembelih Binatang Di atas Kubur
Menyembelih binatang di atas kubur adalah merupakan adat jahiliah yang telah dibasmi oleh islam.
Janganlah dikalangan umat islam melakukan sembelihan di atas kubur.
Sebuah hadis dari Anas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
” Tidak ada penyembelihan (binatang di perkuburan) dalam Islam. (Riwayat Abu Daud)Al-Khattabi berkata:
” Biasanya orang-orang jahiliah menyembelih unta di makam lelaki dermawan. Kata mereka: ” Kita membalas kebaikannya, kerana semasa hidupnya dia biasa menyembelihnya dan menyajikan kepada tetamu. Maka sekarang kita sembelih haiwan ini dimakamnya untuk menjadi makanan bagi burung-burung dan binatang buas. Dengan demikian dia tetap menyediakan makanan setelah meninggal dunia sebagaimana dia telah menyediakan makanan selama hidupnya.”
Demikianlah adat jahiliah . Dan adat ini telah dibasmikan dan dilenyapkan oleh ajaran Islam, sesuai dengan hadis tersebut di atas.
NOTA :
Di dalam hadith juga diterangkan, maksudnya:
” Bahawa roh orang-orang mati datang beramai-ramai ke langit dunia pada tiap-tiap malam dan berhenti bertentangan dengan rumah masing-masing. Tiap-tiap satu roh di antaranya menyeru berkali-kali dengan suara yang hiba dan sayu, katanya:
” Wahai ahli rumahku! Wahai kaum kerabat dan anak-anakku! Wahai orang-orang yang telah mendiami rumah kami, dan yang telah membahagi-bahagi dan menerima harta pusaka peninggalan kami, adakah sesiapa di antara kamu yang masih ingat kepada kami atau yang pernah memikirkan keadaan kami yang sedang berada di alam Barzakh?...kenanglah kami dan bantulah kami dengan doa dan amal-amal yang salih, semoga Allah memberi rahmat kepada kamu...”
” Setelah puas menyeru dan merayu, kembalilah kumpulan roh itu ke tempat masing-masing untuk datang lagi pada malam berikutnya.
” Jika ada yang mendoakannya, kembalilah ia dengan gembira. Jika tidak, kembalilah ia dengan hiba dan hampa.” [Hadith yang menyayukan hati ini disebutkan dalam I’anah at-Talibin (2:144) ]
perkongsian yang bermanfaat :)
ReplyDeletetabur bunga tu selalu buat..tapi bila baca entri ni...baru tahu...terima kasih tau
ReplyDeletePeringatan yg baik esp tentang larangan ke atas kubur. Masih banyak lagi orang suka tabur bunga..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu dari CM...
ReplyDeleteramai yg suka buat binaan kat kubur dan tabur bunga....moga kita jauhkan amalan2 yg dilarang ini...
ReplyDeleteTerima kasih ats perkongsian hebat ini...Sama2 muhasabah diri
ReplyDelete