Tahukah ANda : Adakah Hidayah Istimewa Peluk Islam | Bukan mudah sebenarnya untuk menarik minat orang kafir mendengar tentang keindahan Islam , memahami kebaikan Islam . Adakalanya , hebat macam mana pun seseorang itu berdakwah , beliau belum dapat menambat hati orang kafir untuk tertarik dengan Islam .
Adakah Hidayah Istimewa Peluk Islam ?
Sebenarnya , memeluk Islam ini terjadi kerana keikhlasan juga hidayah . Jika Allah tidak memberi hidayah-Nya , nescaya sukar untuk orang kafir menerima Islam dalam hati mereka . Berikut adalah antara kes memeluk Islam selepas mendapat hidayah istimewa .
Kes 1
Yang saya hairan pula ialah satu hari datang seorang lelaki Cina mualaf bukan Muslim. Dia nyatakan kesudiannya untuk peluk Islam kerana dia telah hamilkan teman wanitanya yang merupakan seorang Muslimah! Dia kata bahawa dia memang sayang pada kandungan teman wanitanya. Katanya Tuhan ALLAH SWT telah kabulkan doanya untuk mendapatkan kebahagiaan hidup berkeluarga dan berzuriat!
Kes 2
Teringat Malcolm X yang merupakan seorang gengster kulit hitam dulu sebelum menjadi pejuang Islam yang terkenal di Amerika. Dia begitu jahat sehingga di masukkan ke dalam penjara.
Dalam penjara, dia jumpa banduan Muslim. Teman banduan inilah yang sedarkan dia tentang Islam. Seorang banduan, bukan ustaz, pula yang bawa dia ke Islam dengan izin ALLAH SWT! Peluk Islam setelah masuk penjara!
Kes 3
Seorang GRO Muslimah pernah telefon untuk jumpa saya. Kali pertama saya jumpanya memang pakaian seksi sangat. Saya ingat dia hamil luar nikah dan memerlukan bantuan. Tetapi alangkah terkejutnya saya bila dia tanya saya bagaimana dia boleh berdakwah kepada sugar daddynya!
Rupanya dia adalah perempuan simpanan seorang ahli perniagaan bukan Muslim. Bagaimana seorang GRO kelas atasan yang berzina dengan sugar daddynya terlintas nak dakwah kepada pelanggannya?
Unsangkarable! Akhirnya, sugar daddynya ini memeluk Islam dan berkahwin dengannya setelah setahun dia berdakwah kepadanya dengan izin ALLAH SWT! Peluk Islam setelah mendapat khidmat seks GRO kelas atasan!
* Abdul Naser Tun Rahman AJK Smash, Murshid, Macma
Tahukah anda , bila hidayah dari Allah itu sudah tiba , tidak kira siapa , bagaimana , kenapa , latar belakang kerjaya , niat , maka ianya akan sampai juga .
Tahukah anda , bila hidayah dari Allah itu sudah tiba , tidak kira siapa , bagaimana , kenapa , latar belakang kerjaya , niat , maka ianya akan sampai juga .
hidayah milik Allah... tapi kna usaha..
ReplyDeletesbb tu jangan pandang rendah kat orang.. kalau Allah nak bagi hidayah, sekelip mata je dia boleh berubah..
ReplyDelete