TahukahAnda : Takbir Hari Raya Memuji Kebesaran Allah | Esok , umat Islam akan menyambut Syawal selepas sebulan mengerjakan ibadah Ramadhan . Esok juga merupakan hari kemenangan selepas berjaya berpuas selama sebulan . Semoga puasa sebulan kita bukan sekadar puasa tetapi segala ibadah yang dilakukan diterima Allah .
Takbir Hari Raya Memuji Kebesaran Allah
Umat Islam digalakkan menyambut hari raya sama ada hari raya Aidilfitri mahupun Aidiladha dengan bertakbir beramai-ramai sama ada di masjid-masjid atau pun disurau-suaru . Ia sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah s.w.t. kerana berjaya menahan hawa nafsu setelah berpuasa selama sebulan sepanjang Ramadhan .
Kepentingan Takbir
1- Satu syiar yang menzahirkan rasa gembira dan tanda bersyukur kepada Allah .
2- Tanda kemenangan melawan hawa nafsu mazmumah sepanjang Ramadhan .
3- Lambang penyatuan dan kekuatan ummah melalui roh takbir . Ini kerana umat Islam membesarkan Allah dan melaungkan takbir yang sama di seluruh dunia .
4- Laungan Takbir menyejukkan jiwa , menenangkan fikran dan melapangkan hati untuk bermaaf-maafan .
5- Takbir dan tahmid dianggap penyubur ukhuwah dalam mengukuhkan ikatan jalinan persaudaraan umat Islam .
Waktu Mula Dan Waktu Takbir
1- Takbir Harai Raya Aidilfitri
Waktu takbir bermula daripada terbenamnya matahari ( bermula pada maghrib ) pada hari terakhir Ramadhan hingga selesai solat sunat hari raya .
2- Takbir Hari Raya Aidiladha
Waktu takbir ini pula disunatkan pada petang hari Arafah atau 9 Zulhijjah dan pada hari-hari Tasyriq iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah .
Takbir Hari Raya Aidilfitri
Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya :
" Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam Ramadhan ( 29 atau 30 hari ) dan bertakbirlah membesarkan Allah atas petunjuk yang diberikannya kepada kamu supaya kamu bersyukur . "
( al - Baqarah : 2:185 )
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Hiasilah hari raya kamu dengan takbir dan tahmid , "
Takbir Hari Raya Aidiladha
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :
" ... supaya mereka berzikir ( menyebut ) nama Allah pada hari yang telah ditentukan ... "
( al-Hajj 22:28 )
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" ... dan berzikirlah ( dengan menyebut ) Allah dalam beberapa hari yang berbilang ... "
( al-Baqarah 2:203 )
Diriwayatkan daripada ' Ali dan 'Ammar r.a. yang menceritakan :
" Sesungguhnya Nabi s.a.w. bertakbir bermula dai hari Arafah ( selepas ) solat Subuh dan memutuskannya ( yakni berhenti bertakbir ) selepas solat Asar hari terakhir Tasyriq . "
( Riwayat Imam al-Hakim )
0 Response to "TahukahAnda : Takbir Hari Raya Memuji Kebesaran Allah"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...