Puasa Enam Mana Lebih Afdal


Assalamualaikum ...

Puasa Enam Mana Lebih Afdal | Bismillah, kita sudah memasuki enam Syawal  . Dalam pada kita seronok meraikan kemenangan menjalani ibadah Ramdhan , jangan lupa bahawa ada lagi ganjaran pahala yang kita boleh rebut di dalam bulan Syawal ini . Sudah tentulah melakukan puasa enam Syawal . Ada percanggahan pendapat tentang perlaksanaannya .


Puasa Enam Mana Lebih Afdal

Puasa Enam Mana Lebih Afdal 


Menurut mazhab Imam Syafie , puasa enam  lebih afdal dilakukan selepas hari raya pertama dan dilakukan secara berturut - turut .

Ini tidak bermakna sekiranya anda melakukan puasa enam secara berselang hari ( terputus - putus ) , anda tidak mendapat apa - apa , sebaliknya Allah tetap memberi ganjaran dan pahala kepada yang melakukan puasa enam tidak kira di awal , pertengahan atau akhir Syawal asalkan puasa enam itu dilakukan dalam bulan Syawal . 

Kelebihan Puasa Enam


Abu Ayyub al - Ansari telah meriwayatkan Rasulullah s.a.w  bersabda yang bermaksud ;
" Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun . "
( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya juga dikeluarkan oleh ulama hadith lainnya seperti al -Tarmizi , al - Nasaie dan Ibn Majah )

Menurut Imam Tabrani di dalam susunan hadithnya ;
" Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal , keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya . "

SUMBER


13 Responses to "Puasa Enam Mana Lebih Afdal "

  1. Terima kasih atas perkongsian.. Jom kita beramai-ramai berpuasa enam.. ena pun nanti nak puasa enam

    ReplyDelete
  2. apapun bagi orang perempuan kena menggantikan puasa dahulu barulah diikuti dengan puasa sunat..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian...
    Belum start puasa 6 lagi ni... :(

    ReplyDelete
  4. terimakasih atas ilmunya mba sangat bermanfaat sekali :)

    ReplyDelete
  5. nampaknya tidak dapat la akak berpuasa enam pada tahun ini, perlu mengganti puasa yang banyak tertinggal dahulu la

    ReplyDelete
  6. Zumal belum buat lagi puasa 6....

    ReplyDelete
  7. Buat masa sekarang ini, saya tidak melakukan puasa enam pada bulan Syawal ini. Insha Allah akan dilakukan pada pertengahan bulan Syawal ini.

    ReplyDelete
  8. Begitulah hendaknya...supaya ganjaran pahala sentiasa kita dapat..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..lepas 1syawal terus mulakan puasa 6.. alhamdulillah.. dah selesai laksanakan puasa 6 pada tahun ni... moga tahun ni memberi manfaat dan keberkatan untuk saya dan keluarga..amin..

    ReplyDelete
  10. kalau boleh nk settlekan awal puasa 6 ni...jgn bertangguh hihih

    ReplyDelete
  11. Thks ct..kna gnti puasa dulu

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...