Tahukah ANda : Adab Hari Jumaat


Tahukah ANda : Adab Hari Jumaat | Hari Jumaat merupakan hari kebesaran untuk semua umat Islam . Umat Islam akan diberi keberkatan , kelebihan dan kemuliaan oleh Allah s.w.t. pada hari Jumaat . Subhanallah , betapa bertuahnya kerana Allah sangat menyanyangi hamba-Nya . 


Tahukah ANda : Adab Hari Jumaat

Adab Hari Jumaat


Tahukah anda bahawa berdoa pada hari Jumaat akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t. ? Berikut dikongsikan beberapa adab hari Jumaat .

1- Berselawat kepada Nabi


Kita digalakkan untuk berselawat ke atas junjungan Nabi s.a.w. pada malam atau hari Jumaat tersebut .

2- Membaca Surah al-Kahfi


Daripada Abu Sa'id al Khudri katanya Rasulullah s.a.w. berkata yang bermaksud :

" Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat , maka Allah akan meneranginya dengan cahaya antara dua hari Jumaat . "
( Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi )

3- Memakai Pakaian Berwarna Putih


Umat Islam digalakkan memakai pakaian berwarna putih . Ini kerana pakaian berwarna putih sangat digemari Rasulullah .

4- Berhias


Kita digalakkan untuk berhias pada hari Jumaat , iaitu berpakaian kemas , memotong kuku , memotong rambut , menggosok gigi dan mencukur janggut .

5- Memakai Minyak Wangi


Umat Islam digalakkan untuk memakai wangi - wangian pada hari Jumaat . Pilihlah minyak wangi yang berbau harum dan lembut .


6- Menunaikan Solat Jumaat


Solat Jumaat ini dimestikan untuk lelaki sahaja untuk menunaikan di masjid secara beramai-ramai pada hari Jumaat . Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :

" Wahai orang-orang yang beriman , apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat , maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli . Yang demikian itu lebih baik jika kamu mengetahui . "
( al-Jumu'ah 62:10 )


7- Segera Menuju Ke Masjid


Bersegeralah menuju ke masjid dalam keadaan khusyuk , tenang dan tenteram . Apabila memasuki masjid , lakukanlah solat sunat Tahiyatul masjid sebanyak dua rakaat sebelum duduk .


8- Banyak Berdoa 


Hari Jumaat adalah har yang mustajab doa terutama pada dua waktu terbaik iaitu diantara imam duduk di atas mimbar sehingga solat Jumaat selesai dan hingga pada akhir waktu Asar .


0 Response to "Tahukah ANda : Adab Hari Jumaat"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...