Tips Dan Doa Peperiksaan Untuk Ibu Dan Anak


Assalamualaikum ...



Musim peperiksaan penting sudah pun bermula. Tidak lama lagi akan berlangsungnya UPSR. Dah tentu ada antara para pembaca juga ada anak yang nak hadapi exam . Maka perlu juga mencari inisiatif tambahan selain persediaan daripada segi mental dan fizikal . Berikut adalah tips serta doa - doa yang boleh diamalkan untuk menghadapi peperiksaan.


Adalah lebih baik diamalkan bacaan surah Yassin setiap kali selepas solat subuh , sebelum pergi ke sekolah .Tujuannya untuk menerangkan hati dan mudah menerima apa yang diajar oleh guru .

Amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap pagi selepas bangun daripada tidur sebelum breakfast . Itulah yang diamalkan oleh murid hafazan / tahfiz untuk terangkan hati .

Boleh juga amalkan makan kurma 7 biji setiap pagi .

Berikut , adalah himpunan doa yang boleh pelajar guna dan amalkan yang saya credit daripada google ...


 Tips Dan Doa Peperiksaan Untuk Ibu Dan Anak


 Tips Dan Doa Peperiksaan Untuk Ibu Dan Anak


 Tipas Dan Doa Peperiksaan Untuk Ibu Dan Anak



 Tips Dan Doa Peperiksaan Untuk Ibu Dan Anak


Bagi ibu bapa pula , digalakkan berpuasa pada siangnya dan buat solat hajat pada malamnya .

Malah ibu bapa juga boleh lakukan beberapa amalan ketika anak berada di dewan peperiksaan .

Antaranya ;
  • dimulakan dengan ambil wuduk
  • pas tu , menghadap kiblat
  • ucaplah kalimah syahadah sebanyak 3 kali
  • Bacal al - fatihah sebanyak 10 kali
  • Baca 3 Qul sebanyak 1 kali
  • Baca surah Insyirah sebanyak 1 kali
  • Berselawat ke atas nabi sebanyak 10 kali
  • Baca surah Yassin sebanyak 1 kali
  • Baca surah Insyirah sekali lagi sebanyak 100 kali

Bersama niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak -anak menjawap soalan dengan mudah dan tenang .


* NOTA ;

Berdoa diiringi usaha serta tawakkal itu lebih baik daripada tak buat apa - apa langsung ...



~ Sumber Informasi ~




2 Responses to "Tips Dan Doa Peperiksaan Untuk Ibu Dan Anak"

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...