Akal Fikiran Menentukan Hala Tuju


Assalamualaikum ...

Akal Fikiran Menentukan Hala Tuju | Bismillah . Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling istimewa . Mereka bukan sahaja dikurniakan nafsu sebagaimana makhluk lain , bahkan diberikan akal fikiran dalam menentukan baik buruk tindakan yang dilakukan .


Akal Fikiran Menentukan Hala Tuju


Firman Allah yang bermaksud :

" Sesungguhnya kewajipan Kamilah memberi petunjuk ( tentang yang benar dan yang salah ) . "
( Surah al - Lail : 12 )

Akal Fikiran Menentukan Hala Tuju


Akal fikiran yang Allah beri pada kita adalah untuk membezakan agar bertepatan dengan matlamat asal kejadian mereka , iaitu beibadat kepada Nya .

Walaupun manusia mempunyai pilihan dalam menentukan hala tuju dan cara hidup , namun mereka masih teraba - raba mencari sinar kehidupan yang hakiki dan memerlukan petunjuk dan hidayah daripada Allah .

Sekiranya Allah masih belum membuka pintu hati serta memberikan ' inayah - Nya ' , sudah tentu mereka hidup dalam kegelapan dan kucar kacir walau sehebat mana gaya hidup dan cetusan idea mereka .

Sebagai contoh , kita boleh perhatikan bagaimana kehidupan manusia pada zaman moden kini yang hidup dalam ketandusan iman , walaupun mereka disanjung kerana daya fikir yang tinggi dalam masyarakat .

Hakikatnya mereka hidup dalam keluh - kesah tanpa hidayah dan nur iman dan Islam . Kemodenan dan kemewahan yang dikecapi seolah - olah tiada bermakna .

Justeru itu , kita sebagai hamba - Nya hendaklah sentiasa berdoa dan memohon agar menjadi insan terpilih dengan dilimpahi rahmat dan sentiasa mendapat petunjuk daripada - Nya .

Hamba Allah Yang Taat


Sebagai hamba Allah , kita hendaklah taat terhadap segala suruhan - Nya dan tidak melakukan perkara yang dilarang oleh - Nya .

Sentiasalah kita menadah tangan dan berdoa agar diberi petunjuk dan hidayah pada setiap saat dan ketika supaya tidak tersesat hingga melanggar batas - batas peraturan Ilahi .




9 Responses to "Akal Fikiran Menentukan Hala Tuju"

  1. Perjalanan sebuah Akal & Perjalanan sebuah Qalbu adalah berlainan...
    ... Akal dari sebuah Qalbu yang masih kotor - 1
    ... Akal dari sebuah Qalbu yang berjaya dibersihkan - 2

    SesungguhNya Qalbu (niat - alam rabbani - Ghaib Qalbu) yang memerintahkan Akal (alIman - Aqidah & alIlmu - syariah), kemudian baru Akal memerintah seluroh perbuatan anggota jasad "Cara, Sifat, Kata2, Perbuatan...

    Tanpa Qalbu - maka Akal tidak berfungsi untuk Akal memerintahkan seluroh amal anggota jasad.

    ReplyDelete
  2. akal fikiran yang menjadikan manusia berbeza dengan haiwan..

    ReplyDelete
  3. Kadang-kadang ada orang yang meletakkan akal di tempurung lutut, buat kerja tak masuk akal tapi masih tak mau mengaku kesilapannya walau semua orang nampak dia tersilap..

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat... Cara kita berfikir tu menunjukkan siapa kita...

    ReplyDelete
  5. betullah kan vee
    gunakan akal untuk membezakan kebenaran dan kejahatan

    ReplyDelete
  6. Akal fikiran perlu dipertingkatkan melalui ilmu dan pengalaman. Sebelum itu...bersihkan hati dan jiwa agar akal fikiran dapat menerima dan berfungsi dengan baik dan jauh dari kawalan nafsu dan syaitan.

    p/s: Terima kasih kerana sudi bersama Relaks Minda...anda amat2 dihargai

    ReplyDelete
  7. tindakan kita menggambarkan akal kita...baik amalan kita insyaAllah baik akal kita

    ReplyDelete
  8. Betul tu.. cara kita berfikir menzahirkan siapa kita sebenarnya..

    ReplyDelete
  9. byg kan manusia tanpa akal...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...