Tradisi Open House


Assalamualaikum ...

Tradisi Open House | Dengan lafaz Bismillah , bagi warga kota , sudah menjadi tradisi untuk memenuhi undangan open house Aidil Fitri dihujung minggu . Disebabkan kesibukan bekerja , hanya hujung minggu yang mereka ada untuk menyambut kedatangan tetamu berhari raya . Walaupun tidak begitu pasti bila tradisi open house ini bermula , ianya bagaikan sudah menjadi tradisi yang berterusan .


 Tradisi Open House


Tradisi Open House


Open House menjadi pilihan warga kota / mereka yang bekerja 5/6 hari seminggu kerana ianya kelihatan lebih mudah untuk diuruskan . Anda hanya perlu mencari satu hari yang sesuai , menjemput semua kenalan termasuk adik beradik , saudara - mara dan sahabat handai lalu menjamu mereka denagn pelbagai juadah . Pada hari open house tersebut , anda akan melakukan sebaik mungkin menyediakan juadah dan melayan tetamu / all out .

Adakah Ianya Relevan


Bagi warga kota , open house sangat relevan memandangkan masing - masing tidak punya banyak waktu terluang selain perlu menghadiri jemputan open house di tempat lain juga . Kerana ianya sudah menjadi tradisi , maka ianya sudah menjadi alah bisa tegal biasa . Malah menjadi keseronokan pula walaupun anda sebagai tuan rumah akan merasa keletihan berganda .

Open house menjadi tidak relevan bila tetamu tidak dapat bermesra dengan tuan rumah secara eksklusif malah tidak mengenali ramai tetamu yang lain juga . Maka wujudlah geng - geng secara berkumpulan atau berkumpul sesama mereka sahaja tanpa ada rasa hendak berkenalan dan beramah mesra dengan kumpulan lainnya .

Gaya Tadisional


Bagi CM , CM lebih suka mengekalkan gaya tradisional orang - orang tua di kampung iaitu boleh menerima tetamu pada bila - bila masa sahaja  asalkan mereka boleh memberitahu terlebih dahulu . Dengan itu , bolehlah tuan rumah menyediakan juadah sampingan seperti hidangan nasi atau pun mee . Malah kami dapat melayan tetamu dengan lebih mesra .

Open house bagi CM hanya sesuai bila dilakukan mengikut kumpulan tertentu . Dengan lain maksud , satu hari khas untuk ahli keluarga dan saudara mara , satu hari khas untuk jiran tetangga dan satu hari khas untuk rakan sekerja . Dengan itu kita dapat melayan mereka dengan adil dan bercerita tentang cerita yang sama dalam kelompok yang saling mengenali .

Bagi yang sedang mengadakan open house pada hari ini dan seterusnya , semoga open house tersebut dapat menjalin serta mengukuhkan ukhuwah yang sedia ada malah menjadi lebih rapat dan bermakna .




7 Responses to "Tradisi Open House"

  1. Suka pi open house..banyak makanan yang sedap2 :-))

    ReplyDelete
  2. kalau open house yg terlalu ramai tetamu pun xbest jugak coz tuan rumah xdpt nk melayan dan sembang dengan semua tetamu yg hadir...sy suka open house yg kecil2an...rasa lg mesra dan rasa kenyang...hehehe

    ReplyDelete
  3. saya juga lebih suka cara tradisional
    kalau cara moden ni, dok muncul time open house
    tak sempat nak meramah mesra dengan tuan rumah
    padahal time raya tu aje jumpa

    ReplyDelete
  4. akak pun suka cara tradisional juga. cuma perlu beritahu sebelum datang supaya sempat sediakan juadah

    hari raya juga kalau dikampung memang akan berkunjung ke rumah jiran tetangga,terasa sangat meriahnya tu

    ReplyDelete
  5. tujuan rumah terbuka adalah untuk merapatkan hubungan. kalau tak tercapai maksudnya, kita perlu berbalik kepada cara lama.

    ReplyDelete
  6. Masa saya belajar di Johor dahulu , saya sempat merasai tradisi baraan. pada saya ia berkesan dalam menjalinkan silaturrahim

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...