Tahukah Anda : Adab Berziarah Di Hari Raya



Tahukah Anda : Adab Berziarah Di Hari Raya | Islam menggalakkan umatnya supaya ziarah menziarahi antara satu sama lain bagi mengeratkan ikatan persaudaraannya . Sesiapa yang menziarahi saudaranya semata-mata kerana Allah , dia akan mendapat perlindungan semasa di dalam perjalanannya .

Tahukah Anda : Adab Berziarah Di Hari Raya


Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawasanya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di sebuah kampung yang lain , lalu Allah mengutuskan malaikat ( untuk merestuinya ) semasa di dalam perjalanannya . Abu Hurairah r.a. menyebut hadis ini sehingga kepada perkataan 

" Sesungguhnya Allah amat mengasihi engkau sebagaimana engkau mengasihinya kerana Allah . "
( Riwayat Muslim )

Adab Berziarah Di Hari Raya


1- Ucaplah salam sebelum memasuki rumah . Jika setelah memberi tiga kali salam tetapi tiada jawapan , maka hendaklah kita beredar . 

2- Jika Menziarahi rumah seseorang , masuklah hanya setelah diberi keizinan .

3-  Jauhi dari melakukan perkara haram seperti berjabat tangan dengan bukan mahram , mengumpat dan sebagainya .


Allah amat mengasihi orang-orang yang mengasihi saudaranya kerana Allah .


0 Response to "Tahukah Anda : Adab Berziarah Di Hari Raya"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...