Tahukah ANda : Tips Eratkan Silaturrahim Di Hari Raya | Menghubungkan silaturrahim dan mengeratkan ukhuwah sangat dituntut dalam Islam . Justeru , sempena dengan kedatangan Syawal yang mulia ini , mari sama-sama kita saling ziarah-menziarahi untuk mengeratkan lagi hubungan antara sanak-saudara , rakan-taulan dan jiran tetangga .
Tips Eratkan Silaturrahim Di Hari Raya
Berikut diberikan beberapa tip untuk mengekalkan ukhuwah dan persaudaraan sesama Islam :
1- Dicintai dan disayangi saudara
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya . "
( Riwayat Daud dan Tirmizi )
2- Mendoakan Saudara
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Tidak seorang hamba Mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata ; dan bagimu juga seperti itu ."
( Riwayat Muslim )
3- Senyum
Beri senyuman paling manis apabila kita berjumpa dengan saudara mara , rakan taulan mahupun jiran tetangga kerana senyuman adalah pemberian paling mudah yang lahir dari sanubari kita .
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja ( yang datang dari saudaramu ) . Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan . "
( Riwayat Muslim )
4- Berjabat Tangan
Rasulullah s.a.w. menganjurkan umatnya apabila bertemu dengan saudara agar cepat-cepat berjabat tangan .
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Tidak ada dua orang Mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan kedua-duanya diampuni dosanya sebelum berpisah . "
( Riwayat Abu Daud )
5- Mengunjungi Saudara
Ambil kesempatan sempena Aidilfitri ini untuk saling kunjung-mengunjungi antara satu sama lain untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan .
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. bahawa Allah s.w.t. berfiman yang bermaksud :
" Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku , di mana kedua-duanya saling berkunjugan kerana Aku dan saling memberi kerana Aku . "
( Riwayat Imam Malik )
6- Sampaikan Ucapan Selamat
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bemaksud :
" Sesiapa mengucapkan salam kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah menggembirakannya pada hari kiamat . "
( Riwayat Tabrani )
0 Response to "Tahukah ANda : Tips Eratkan Silaturrahim Di Hari Raya"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...