Assalamualaikum ...
Kadar Harga Baru Tol Lembah Klang Dan Penang | Bismillah . Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula . Begitulah kesan yang terpaksa rakyat terima . Sama ada suka ataupun tidak , terpaksa juga hadam kenaikan harga tol yang rakyat terpaksa lalui setiap hari untuk pergi dan pulang dari kerja .
Selepas perlaksanaan GST , rakyat marhain sudah ramai yang ikat perut . Mengurangkan perbelanjaan sana dan sini demi meneruskan kehidupan di kotaraya tempat mencari rezeki . Pun begitu , masih ramai juga yang tak kurus ... hehehee
Perjanjian
Setahu SI , syarikat konsesi lebuhraya sudah menetapkan jadual kenaikan harga tol untuk beberapa tahun sekali di dalam perjanjian yang telah ditandatangani . Pun begitu , kebenaran untuk melaksanakannya adalah di bawah bidang kuasa kerajaan . Sudah tentu ianya ada kaitan dengan pemberian subsidi .
SI tidak ada ilmu kalau nak cakap pasal perjanjian ni , cumanya dalam keadaan sara hidup yang kian meningkat ini , kenaikan harga tol itu sangat mebebankan . Jumlah harga tol yang perlu rakyat bayar untuk pergi dan balik kerja saja sudah melebihi kos untuk makan tengahari !
Kadar Harga Baru Tol Lembah Klang Dan Penang
Nak bebel panjang pun , harga tol tetap tak akan turun . Tak macam minyak dan makanan . Adalah juga turun naiknya . Malah ada juga pilihan kalau nak jimat duit . Tapi harga tol , nak guna lorong motosikal lak tak ngam body kereta !
Moh la kita tengok je jadual kadar harga tol baru Seluruh Malaysia di bawah ni . Mohon urut dada bagi yang ada sakit jantung ya !
Kadar Harga Baru Tol Di Lembah Klang
SI percaya , warga kota yang hendak ke tempat kerja perlu melalui lebih dari satu tol . Maka , berapa jumlah harga tol yang anda perlu bayar dalam sehari , anda kiralah sendiri .
Kadar Harga Baru Tol Di Pulau Pinang
Bagi warga Pulau Pinang , kalau anda nak mengurangkan bayaran tol , boleh sahaja memilih untuk menaiki feri . Walaupun ada feri , kalau semua kereta nak naik pun tak dapat juga . Redha sajalah ya .
~ Sumber Informasi ~
Adehh.. Penang pun terlibat sama... jenuh jenuh...
ReplyDeleteSemoga kadar baru tak membebankan kita...
ReplyDeletepedi hgga ke hulu hati bla situasi ni berlaku...adushhhhh
ReplyDelete