ASSALAMUALAIKUM ...
" Katakanlah ( wahai Muhammad ) , Aku tidak dapati dalam perkara yang telah diwahyukan kepadaku sesuatu pun yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan perkara itu merupakan bangkai , atau darah yang mengalir , atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik ( proses yang tidak mengikut syariat ) , iaitu binatang yang disembelih atas nama selain Allah . Sesiapa sahaja yang terpaksa ( memakannya kerana darurat ) sedangkan ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas , maka sesungguhnya Tuhan mu maha pengampun , lagi maha mengasihani . " (Surah Al - An'am : 145 - 147 )
Makanan Yang Diharamkan Selain Khinzir
Di bawah ini adalah penelasan yang agak terperinci tentang Makanan Yang Diharamkan Selain Khinzir untuk panduan SI dan para pembaca semua .
1. SEMUA JENIS BANGKAI HAIWAN DARATAN
Tujuannya supaya nyawa manusia tak terancam . Biasanya haiwan yang mati disebabkan penyakit berjangkit , virus , keracunan dan lainnya . Islam meletakkan bangkai itu makanan yang kotor dan jijik .
2. DARAH YANG MENGALIR
Islam mengharamkan kita meminum darah yang mengalir sebab darah itu boleh mendatangkan kemudaratan . Mungkin darah tu ada penyakit berjangkit dan virus .
3. DAGING BABI
Daging Babi ni ada cacing pita yang tak boleh mati walaupun pada tahap kepanasan yang melampau . Di dalam al - Quran jelas menyatakan tentang daging babi haram dimakan .
4. HAIWAN YANG DISEMBELIH BUKAN KERANA ALLAH SWT
Firman Allah yang bermaksud :
" Diharamkan kepadamu ( memakan ) bangkai ( haiwan yang tidak disembelih ) , darah ( yang keluar mengalir ) , daging babi , haiwan - haiwan yang disembelih bukan kerana Allah , ( haiwan ) yang mati tercekik , yang mati di pukul , yang mati jatuh dari tempat yang tinggi , yang mati di tanduk , yang mati di makan binatang buas kecuali yang sempat kamu sembelih ( sebelum habis nyawanya ) , yang disembelih atas nama berhala dan ( diharamkan juga ) kamu merenung nasib dengan undi batang - batang anak panah . Kesemua itu merupakan perbuatan fasik . " ( Surah Al - Maidah : 3 )
5. SEGALA JENIS MAKANAN YANG MEMUDARATKAN KESIHATAN DAN NYAWA MANUSIA HARAM DIMAKAN .
~ Sumber Informasi ~
betul tu...makan kat luar pun kena berhati hati...logo halal pelbagai rupa
ReplyDeletebetul2.. kena alert betoi2 bab makanan.. nak jadi darah daging kita..
ReplyDeleteGood Info... :)
ReplyDeletesy penah dgr / bc, daging plg sedap adalah daging khinzir... krn tu Allah haramkan sbb nk tgk sejauh mn iman kita
ReplyDeletenk mkn kena tgk betul2 halal haram....nnti jd darah daging kita....
ReplyDelete