Hak Di Akhirat Melalui Sedekah



Assalamualaikum ...

Hak Di Akhirat Melalui SedekahBismillah . Ramai antara kita hanya memikirkan dan melihat bahagian kita di dunia . Harta , kemasyhuran adalah antara yang menjadi keutamaan melebihi barakah , ketaqwaan dan bahagian kita di akhirat . Marilah kita sama - sama menghayati kisah ini .


Hak Di Akhirat Melalui Sedekah


Sedekah daging 


Baginda Rasulullah s.a.w pernah dihadiahkan seekor kambing untuk dimakan bersama - sama keluarga . Baginda meminta Aisyah agar sedekahkan daging - daging kambing tersebut kepada orang yang lebih memerlukan . Aisyah dengan segera menunaikan perintah baginda .

Akhirnya hanya cuma tinggal sedikit , yakni bahagian kaki untuk Rasulullah s.a.w. Ya, Rasulullah gemar memakan kambing terutama bahagian kakinya dan itulah yang dititip oleh Aisyah untuk suaminya tersayang .

Apabila tiba waktu makan , Rasulullah bertanya sama ada daging - daging kambing itu telah diberikan kepada fakir miskin ataupun belum . Aisyah mengiakan . Ya , semuanya disedekahkan kecuali bahagian kaki .


Hak Di Akhirat Melalui Sedekah


Baginda tersenyum gembira , namun masih sempat mengingatkan isterinya dengan kenyataan yang sarat dengan nilai tarbiah dan hikmah , bahawa semua bahagian kambing itu menjadi hak mereka di akhirat kecuali bahagian kaki itu .

Sangat mudah untuk kita fahami . Apa juga yang kita sedekahkan pada orang di dunia ini , akan menjadi hak kita di akhirat . Sebaliknya yang kita miliki di dunia hanya sekadar menjadi hak kita di dunia sahaja . 

Oleh sebab itu , janganlah kita berkira apabila mahu memberi sedekah . Walaupun sekecil dan semudah mana sedekah itu , ianya tetap sedekah asalkan kita melakukannya kerana Allah .




~ Sumber Informasi ~



14 Responses to "Hak Di Akhirat Melalui Sedekah"

  1. salam singgah sini...Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar... begiitulah besarnyer kuasa dan perbuatan bersedekah itu kan...besar ganjarannya di sana nanti...

    ReplyDelete
  3. Sedekah ni memang tak boleh nak berkira, kalau nak bagi tu jangan pikir banyak....

    ReplyDelete
  4. Pilih la untuk bahagia di akhirat berbanding terleka dengan dunia kan...

    ReplyDelete
  5. Subhanallah..peringatan yg baik.
    Thanks CM

    ReplyDelete
  6. bersedekah walaupun sedikit tp biarlah dgn ikhlas. selalu amalkan begitu setakat yg termampu

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...