Kelebihan Selawat Menurut Hadis



ASSALAMUALAIKUM ...

Kelebihan Selawat Menurut Hadis | Setiap hari , selepas selesai solat lima waktu , kita dianjurkan untuk bertasbih , bertahmid dan berselawat . Bukan sekadar selepas solat lima waktu , malah jika kita ada masa , lakukanlah ketiga-tiganya . Ianya sangat mudah kerana hanya menggunakan lidah dan hati yang ikhlas serta khusyuk .


Kelebihan Selawat Menurut Hadis


Firman Allah SWT yang bermaksud :
" Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat - malaikat - Nya berselawat untuk nabi . Hai orang - orang yang beriman , berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya . " ( Al - Ahzab 33 : 56 )


Selawat

Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w adalah selawat yang dapat membantu kita ketika dihisab di padang Mahsyar nanti . Ketika itu , sesiapa yang mengamalkan selawat ke atas nabi ketika hayatnya akan mendapat syafaat dari Rasulullah s.a.w

Kelebihan Selawat Menurut Hadis 


Selawat banyak memberi faedah dan kebaikan yang tidak ternilai kepada diri kita . Marilah semua para pembaca , kita melihat apa kelebihan yang kita dapat bila berselawat kepada Rasulullah SAW .

1. DEKAT DENGAN RASULULLAH S.A.W


Daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda ; 


" Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku . " ( Riwayat At - Tirmidzi )


2. SELAWAT KITA AKAN SAMPAI KEPADA RASULULLAH S.A.W


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata , Rasulullah SAW bersabda ; 


" Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada . "( Riwayat Abu Daud )


3. RASULULLAH S.A.W. MENJAWAB SALAM KITA 


Rasulullah SAW bersabda : 

" Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah SWT menerima rohku sehingga aku menjawab salam kepadanya . " ( Riwayat Abu Daud )
                                                                               

4. MENDAPAT SYAFAAT


Sabda Rasulullah SAW : 


" Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi 10 x dan waktu petang 10 x , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat."  ( Riwayat Thabrani )

5. DIAMPUNKAN DOSA


Sabda rasulullah SAW :  
" Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah SWT yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi SAW melainkan Allah SWT mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun yang akan datang . " ( Riwayat Ibnu Sunni )


6. MENDAPAT BARKAH


Sabda Rasulullah SAW : 
" Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah ( memuji Allah ) dan selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya . "  ( Riwayat Ar - Rahawi )

7. TIDAK MENJADI ORANG BAKHIL


Ketika mendengar orang menyebut nama Rasulullah SAW , maka berselawatlah agar kita tidak disebut oleh Rasulullah SAW sebagai orang bakhil . 

Rasulullah SAW bersabda ;  
" Orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku disisinya . "  ( Riwayat At - Tirmidzi )

8. ALLAH SWT AKAN BERSELAWAT KEPADA KITA


Sabda Rasulullah SAW : 
" Barang sesiapa yang berselawat ke atas ku dengan sekali selawat nescaya Allah SWT akan berselawat ke atasnya 10 x . " ( Riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al - 'Ass r.a )                              
                 

3 Responses to "Kelebihan Selawat Menurut Hadis "

  1. Allahumma solli a'la Muhammad, wa a'la ali Muhammad

    ReplyDelete
  2. Moga kita semua sentiasa amalkan berselawat...

    ReplyDelete
  3. selawat juga mampu menambah rezeki insya allah

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...