Assalamualaikum ...
Batu Hidup | Pernahkah anda mendengar tentang batu hidup sepanjang hayat anda . Setakat pembacaan SI , SI pernah terbaca ada batu yang makin membesar saban tahun . Sebenarnya , tiada yang mustahil selagi Allah mahukannya .
Batu Hidup
JIKA dilihat sekali imbas, objek ini kelihatan seperti batu sebenar. Bagaimanapun, batu bergerak ini sebenarnya adalah hidupan laut digelar sebagai Pyura chilensis yang boleh ditemui di luar pantai berbatu di Chile dan Peru.
Batu tersebut juga mempunyai cengkerang dan mengandungi jisim organ diselaputi lapisan kulit dan otot.
Pyura ini digelar sebagai 'penapis makanan' kerana ia menyedut air laut dan memakan alga serta mikroorganisma di dalam air sebelum 'membuang semula' air yang telah ditapis ke laut.
Makhluk unik ini juga mempunyai cara pembiakan yang unik dan ia hanya dilahirkan sebagai jantan.
Apabila ia mencapai tempoh matang, ia juga menghasilkan organ betina untuk pembiakan dengan cara melepaskan telur dan sperma secara serentak.
Percantuman telur dan sperma akan menghasilkan anak Pyura berbentuk seperti berudu yang kemudiannya akan hidup di kawasan berbatu sehingga mencapai tempoh matang. - Daily Mail
Tahukah Anda
- Pyura juga dikenali sebagai Piure dalam bahasa Sepanyol.
- Ia mengandungi vanadium sejenis unsur logam untuk menguatkan keluli pada paras tinggi iaitu kira-kira 10 juta kali ganda lebih tinggi daripada jumlah terdapat di sekitar air laut.
- Batu bergerak ini juga menjadi menjadi hidangan yang telah dikomersialkan di kebanyakan restoran di Chile.
~ Sumber Informasi ~
pelik la.. rasa geli pun de rupa dia
ReplyDeletewaaa....bru tau pasal benda nihhhhh :)
ReplyDeletesebenarnya dalam deep sea, ada lagi makhluk yang kita rasa aneh tapi memang wujud..cahaya matahari pun tak sampai..
ReplyDeleteFirst time Zumal terbaca pasal Pyura nie... thanks SI ^-^
ReplyDeleteada gak yg mkn? eeewwww
ReplyDelete