Bagaimana Cipta Resolusi Kewangan


Assalamualaikum ...

Bagaimana Cipta Resolusi Kewangan | Tahun 2015 sudah hampir sampai ke penghujungnya . Pun begitu , kita masih ada sebulan untuk mengatur segala perancangan . Memandangkan kos sara hidup yang kian meningkat dan menghimpit kehidupan golongan marhaien seperti kita , maka rancangan perbelanjaan / kewangan perlu disusun semula .

Perancangan perbelanjaan sudah tentu bermula dengan kos persekolahan anak - anak . Kemudian akan disusuli pula dengan perancangan simpanan untuk saat kecemasan , pelaburan , percutian , sambutan hari raya selain bayaran untuk bil - bil semasa serta perbelanjaan keluarga dan sebagainya .


Bagaimana Cipta Resolusi Kewangan


Bagaimana Cipta Resolusi Kewangan


Di dalam anda membuat ketetapan atau mencipta resolusi baru mengenai kewangan untuk tahun hadapan , ada banyak perkara yang perlu anda ambil kira dan pertimbangkan . Semak perkara berikut dan buatlah resolusi kewangan mengikut keutaman keluarga anda .

1- Tetapkan Matlamat Kewangan Yang Mahu Dicapai Tahun Depan


Buat matlamat kewangan yang ringkas , padat dan jelas bagi tahun depan dan mulakan usaha ke arah mencapai matlamat itu . Sebagai contoh , matlamat kewangan anda pada tahun depan adalah melunaskan semua hutang kad kredit . Oleh itu , mungkin anda boleh menghentikan penggunaan kad kredit dan mula membayar melebihi jumlah minimum yang dinyatakan pada penyata setiap bulan , di samping menetapkan satu tarikh yang realistik untuk menjelaskan semua baki tertunggak bagi kad - kad itu .

2- Senaraikan Keutamaan Matlamat Anda


Senaraikan matlamat anda mengikut keutamaan dari segi kepentingan atau tempoh masa dan letakkan senarai itu di tempat yang mudah dilihat setiap hari bagi membantu anda sentiasa ingat dan memberi tumpuan untuk mencapai matlamat tersebut .

3- Libatkan Seluruh Ahli Keluarga


Ketika menentukan matlamat kewangn , paling baik kalau dapat melibatkan seluruh ahli keluarga . Cadangan , komitmen dan sokongan mereka amat penting dalam mencapai matlamat anda .

4- Urus Dengan Bijak


Urus wang anda dengan bijak . Jangan berbelanja sesuka hati hingga barang yang tidak perlu pun anda beli juga . Buat belanjawan bagi setiap keperluan yang anda ingin beli dan lunaskan hutang sebanyak mana yang boleh . Pastikan anda melaburkan lebihan wang secara bijak dan mula membuat tabungan untuk masa depan .

5- Ketahui Tentang Pelaburan Anda


Mulai tahun depan , elakkan daripada mendengar khabar angin atau nasihat remisier atau broker saham anda mengenai belian dan jualan saham di pasaran . Anda sendiri perlu memulakan tabiat membaca prospektus syarikat , laporan tahunan dan membuat penyelidikan sebelum melabur dalam mana - mana produk pelaburan .

Buat keputusan sendiri berdasarkan ilmu dan kajian yang telah anda buat berdasarkan pengetahuan , maklumat tepat dan nasihat profesional berlesen / berdaftar .

6- Kuatkuasakan Hak Anda


Jika anda merupakan seorang pelabur dalam mana - mana saham atau ekuiti , berusahalah untuk mengetahui hak anda sebagai pelabur . Dapatkan bantuan dan nasihat pakar sekiranya anda mendapati hak anda sebagai pelabur dilanggar .

7- Tambah Ilmu Kewangan


Sudah tiba masanya anda menambah ilmu yang berkaitan dengan kewangan . Mulakan membaca sekurang - kurangnya satu buku / majalah kewangan atau lebih kerap menghadiri kursus kewangan / pelaburan .

Dapatkan jawapan bagi soalan anda mengenai pelaburan atau kewangan dengan mengemukakan pertanyaan kepada mereka yang layak atau golongan professional .

8- Didik Anak Urus Wang


Jangan hanya memberikan wang saku kepada anak anda tanpa menerangkan bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan mereka dengan lebih baik . Mulakan menanam tabiat menabung dan berbelanja dengan bijak pada mereka seawal yang boleh .

9- Jangan Melabur Sesuka Hati


Pastikan supaya , mulai tahun hadapan , apabila sesiapa memberitahu anda tentang peluang pelaburan yang menjamin pulangan tinggi tanpa sebarang risiko , anda perlu siasat dahulu hingga ke akar umbi . Cari dari sumber yang boleh anda percayai . Bukan sekadar maklumat dari internet malah dari apa saja sumber yang berkaitan .

10- Sediakan Simpanan Darurat


Adalah penting bagi anda terutamanya yang sudah berkeluarga serta mempunyai anak-anak untuk membuat simpanan ' darurat ' , iaitu simpanan yang cukup untuk perbelanjaan ketika berlaku ' kecemasan ' . Ini penting sekiranya tiba - tiba berlaku kemalangan atau kejadian yang diluar jangkaan dan ianya memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk menyelesaikannya .

Laburkan simpanan darurat anda ke dalam pelaburan yang kurang berisiko atau unit amanah yang anda boleh tunaikan dengan mudah . Selain itu , perlindungan insurans terutama insurans kesihatan dan kurang upaya juga simpanan untuk pendidikan anak - anak .

11- Mulakan Perancangan Persaraan


Bagi anda yang bekerja sendiri ataupun wang pencen dan simpanan KWSP tak banyak , anda perlu menyimpan untuk persaraan anda seawal mungkin . Jika anda menyimpan dari awal , anda tidak perlukan jumlah simpanan bulanan yang banyak . Simpan di bank atau pelaburan yang ada pulangan setiap tahun dan diyakini kredibilitinya .

12- Pantau Perkembangan Rancangan


Anda perlu pantau setiap perkembangan perancangan supaya ianya berjalan seperti yang anda kehendaki dan pada laluan yang betul . Ubah suai rancangan anda sekiranya perlu sesuai dengan keperluan .



~ Sumber Informasi ~





1 Response to "Bagaimana Cipta Resolusi Kewangan"

  1. Perlu bijak mengendalikan wang...terutama di waktu2 gawat sebegini

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...