ASSALAMUALAIKUM ...
Khasiat Al - Kautsar | Dengan lafaz Bismillah. Hari ni SI nak mulakan dengan SURAH AL - KAUTHSAR . Kalau tak jumpa maklumat ni memang lah SI tak tau rahsianya . Bila dah baca , subhanallah ... apa yang SI terfikir masa tu cuma nak share dengan para pembaca di sini ...
" Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). "
Khasiat Al - Kautsar
Surah al- Kautsar ni pendek sahaja , cuma ada 3 ayat tetapi banyak faedahnya kepada kita semua . Pasti para pembaca boleh hafalkan . Antara khasiat ayat al- Kautsar dalam kehidupan kita :
1- Doa, Al - Kautsar Makbul Ketika Hujan
Bila kita baca surah al - Kautsar ini ketika hujan dan berdoa , inshaa Allah doa kita akan dimakbulkan .
2- Al - Kautsar Menghilangkan Dahaga
Bila kita rasa dahaga , bacalah surah al - Kautsar dan gosok dileher , inshaa Allah dahaga akan hilang
3- Al - Kautsar Merawat Mata
Bila mata kita berair , bengkak , gatal , sapukan air mawar yang telah dibacakan surah al - Kautsar ini sebanyak 10 x pada mata .
4- Al - Kautsar Petunjuk Sihir
Kalau rasa rumah pembaca ada sihir , baca surah al - Kautsar ini 10x , inshaa Allah , akan ada ilham di mana sihir itu berada .
5- Al - Kautsar Menambahkan Rezeki
Kalau baca surah al - Kautsar 1000x sehari , inshaa Allah rezeki kita akan bertambah .
6- Al - Kautsar Khusyuk Solat Dan Lembut Hati
Kalau rajin baca surah al - Kautsar ni , hati kita akan lembut dan khusyuk semasa solat .
7- Al - Kautsar Akan Dapat Bantuan Allah
Kalau pembaca teraniaya dan terpenjara , baca surah al - Kautsar sebanyak 71 x ... Allah akan memberikan bantuan kepadanya kerana tidak salah tetapi dizalimi .
Surah Al - Kautsar ini disifatkan sebagai penghibur hati Rasulullah SAW kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib .
Apa kata , mulai saat ini , kita amalkannya . Manfaatnya kita juga yang dapat , bukan orang lain .
~ Sumber Informasi ~
Kalau tak salah saya, Al-Kautsar ni salah satu nama sungai di syurga...mohon betulkan ye jika saya salah...
ReplyDeleteSubhanallah... mmg amat berguna & bermanfaat. T kasih atas perkongsian Vee..
ReplyDeletebelajar computing di inti sini.. :)
tidak dinafikan lagi...
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian CM... Insha Allah zumal amalkan....
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteSeronok saya baca ni.
Nak praktikkan pun mudah je.
Salam Jumaat CM...thanks for sharing. Setiap ayat Allah pastinya punya kelebihan yang tersendiri..bezanya hanya samaada kita nak mengamalkannya atau tidak...
ReplyDeleteMudah dihafal dan nak galakkan anak-anak membacanya ..
ReplyDelete