ASSALAMUALAIKUM ...
Tertib Di Meja Makan | Dengan lafaz Bismillah . Imam al - Ghazali telah menyenaraikan beberapa adab dan tata tertib ketika menghadap hidangan . Selalunya bila kita sudah lapar atau kalut nak melayan karenah serta permintaan anak - anak , kita lupa tertib waima nak baca Bismillah sekalipun . Itu sudah menjadi kelaziman manusia . Mohlah kita pelajari adab dan tertib di meja makan . Boleh lah nanti ajar anak - anak pula .
Tertib Di Meja Makan
Orang tua - tua zaman dahulu amat disiplin di meja makan . Banyak sangat pantang larang dan petua anak cucu perlu turuti . Ada sebahagiannya memang dituntut dalam Islam . Cuma kita sahaja yang tidak tahu sebab tiada pendedahan . Di zaman ilmu di hujung jari ini , sangat mudah untuk anda mencari dan menimba ilmu . Hari ini CM nak berkongsi dengan anda tertib di meja makan supaya dapatlah nanti diamalkan dirumah .
1. Basuh tangan sebelum makan .
Cuci tangan untuk pastikan tangan tu betul - betul bersih , bebas dari kuman .
2. Berdoa
Mulakan dengan baca Bismallah . Doa makan yang bermaksud :
" Ya Allah , berikanlah berkat bagi makanan yang telah engkau rezekikan dan jauhkan kami daripada api neraka . "
4. Makan untuk apa ?
Niat makan supaya ada kekuatan beribadah kepada Allah . Berhenti sebelum kenyang supaya lebih selesa nak buat ibadah . Kalau makan sampai kenyang confirm pembaca asyik nak tido jer .
5. Syukur dengan rezeki .
Muhasabahkan diri untuk bersyukur dengan rezeki yang ada . Ramai lagi kat luar sana yang tak dapat makan ! Ikut sunnah Rasulullah , ambil lauk yang ada kat depan kita dulu , pas tu baru maik yang jauh sedikit . Kalau sedap , ucap alhamdulillah . Kalau tak sedap , tinggalkan saja jangan kutuk . Itulah yang Rasulullah saw lakukan .
6. Kunyah makanan sehingga lumat barulah telan .
Rasulullah saw kunyah makanan sehingga 44 kali . Cukup 44 kali , makanan tu masuk sendiri sebab dah lumat sangat . Perut pun senang nak hadam dan dapat gak jauhkan dari sakit ulser dan sembelit . Malah perut pun kurang buncit .
7. Digalakkan Bercakap / Bersembang .
Menurut al - Hafidz dan Syaikhul Islam Ibn al - Qayyim ra ; pendapat yang benar ialah Nabi SAW bercakap dan berbual semasa makan .
Dalam kitabnya al Zaad ; " Ada kalanya Nabi SAW bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut . "( Hadis Riwayat Muslim )" Dan ada kala Nabi SAW mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya , ada ketika Nabi SAW sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah lauk pauk dan minuman . "( Hadis Riwayat al - Bukhari )
8. Elakkan minum semasa makan
Kecuali kalau tercekik atau dahaga , tak pe . Bila kita isi air lebih banyak dari bahan ke dalam blander , bahan tu tak dapat kisar halus pun . Cam tu juga perut kita . Tu yang perut pun nampak buncit jer . Adalah lebih baik minum sekurang-kurangnya 1 jam atau 30 minit sebelum dan selepas makan sebagaimana yang Rasulullah s.a.w. lakukan .
9. Bersabar
Jika hidangan masih panas , walaupun dah lapar , sabarlah sedikit . Jika lauk cuma sedikit , ambil sikit jer . Sikit sama di rasa . Orang lain pun lapar juga .
10. Makan bersama .
Makan bersama keluarga dapat eratkan kasih sayang dan hubungan . Makan sambil bersembang dan bergurau senda . Tapi jangan berkata kesat atau marah - marah sebab ia akan mempengaruhi zarah makanan tuh . Nanti pembaca gak yang rugi !
11. Berhenti makan sebelum kenyang .
Berhenti sebelum kenyang sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Insya - Allah kita akan susah dapat sakit . Maklumlah , perut ni punca kepada banyak penyakit . Bila kita makan baca doa dan Bismillah , insya - Allah , sepinggan jer dah kenyang . Kalau tak kenyang itu nafsu syaitan namanya .
12. Cuci tangan setelah selesai makan .
Keringkan tangan dengan tuala tangan atau tisu . Kemudian ucap Alhamdulillah dan baca doa selepas makan yang bermaksud :
" Segala puji bagi Allah , yang telah memberi kita makan dan minum . Dan telah menjadikan kita orang - orang Islam . "
13 . Rehat selepas makan .
Ada hadis mengatakan Rasulullah s.a.w rehat sebentar selepas makan dengan tidur . Ulama' menganggarkan Rasulullah tidur dalam masa 10 hingga 30 minit sebelum solat Zuhur . Tujuan baginda melakukannya supaya mudah berjaga malam untuk berqiamullail .
* NOTE :
Tak nikmat makan guna sudu .
no 7 tu baru tahu... ingatkan banyak cakap time makan tak bagus :)
ReplyDeleteNak makan perlu disiplin sebab makanan itu adalah rezeki kita.
ReplyDeleteadab ketika makan mmg kene jaga.. kalau kita tgk org mkn gelojoh pun tak sedap mata memandang..
ReplyDeleteadakalanya, adab ketika makan dianggap remeh, tapi demi mencari keberkatan rezeki, wajar diikuti. kita orang Islam, terdidik dengan adab dan tertib.... bukan macam kafir.. adab main langgo je..
ReplyDeleteMama Niza
biar manis dipandang org, tambah lagi utk kebaikan sendiri jugak. hehe
ReplyDeleteorg zaman sekarang ni rata2 sebelah tangan suap nasi sebelah lagi dgn phone.. yg itu mcm mana pulak eh? huhu
alhamdulillah..menarik sangat²..
ReplyDeleteya..adab yang cukup bagus untuk diamalkan..
ReplyDeleteMakan beradap bukan masa kawin je kan... heheh mmg kena jaga adap ketika makan... thanks sharing vee
ReplyDeletePerkongsian cara makan yang betul dan adab yang terbaik.
ReplyDeleteMemang tak selesa makan guna sudu. tambah pula makan ayam atau daging....
confirm terbangggg
errr suap dengan tangan kanan yer... kalau pakai sudu dan menyuap dengan garfu, biasakan letak garfu di tangan kanan... mcm pernah terdengar hadis tentang ni... menyuap dengan tangan kanan
ReplyDeleteTertib tu pentingkan. Mudah2an apa yg kita makan pun bertambah keberkatannya.
ReplyDeleteSnap gambar makanan dgn sony xperia pun best tu.. :)
No. 7
ReplyDeleteSelama ni tegur anak bercakap masa makan.. takut tersembur nasik..
Salah amalan la pulak rupanya.
Zumal cukup tak suka orang yang makan gelojoh dan habis satu meja kotor, rasa macam makan bersama ayam. Hehe :)
ReplyDeletedi bolehkan bercakap semasa makan ..ingatkan perlu mkn degna tertib dan diam hihhi...bagus entri nih
ReplyDeleteBetullah Vee...kadang tu bila dah lapar, terjah meja makan memang melahap tak ingat dunia hihi....terasa malunya dengan Rasulullah huhu....
ReplyDeleteNo.7 tu maksudnya bercakap yang perlu kan, Vee? Sekarang ramai dok bersembang sakan takut tersembur pulak makanan. xD
ReplyDelete