Kelebihan Pelaburan Dinar Emas


Assalamualaikum ...


Dengan lafaz Bismillah . Kesinambungan dari entry pelaburan emas satu alternatif  . Hari ni CM lanjutkan lagi tentang emas juga kerana CM sedang mengkaji dinar emas maka elok juga CM kongsi dengan pembaca blog CM . Pelaburan dalam emas termasuklah dinar emas banyak kelebihannya .




 Kelebihan Pelaburan Dinar Emas




Kelebihan Pelaburan Dinar Emas



Perkara pertama yang akan kita ambil kira sebelum melakukan pelaburan dinar emas adalah mengetahui tentang kelebihannya . Maka di bawah ni saya senaraikan kelebihannya beserta sedikit huraian .

1. Tidak Terdedah Kepada Risiko Manipulasi 


Emas tidak ada manipulasi dan ianya stabil . Tidak seperti wang kertas , nilainya akan turun dan naik mengikut mengikut dagangan nilai matawang semasa . Maknanya , bila wang tu nilainya jatuh merundum , maka simpanan anda yang bernilai berbilion itu sudah tidak berguna lagi .

Ibnu Sina berkata ; 


" Ini adalah hikmah yang dikurniakan Allah kepada dua jenis logam ( emas dan perak ) dan kesukaran menemuinya ( scarcity ) sehingga ia mampu menjadi penyandar nilai usaha manusia ( sebagai perolehan dan matawang ) . Jika kedua - duanya ( emas dan perak ) itu boleh diperoleh dengan mudah ( secara tidak hakiki seperti apa yang ada pada mata wang fiat kertas ) , maka akan terbatallah hikmah penciptaannya oleh Allah , dan ramai yang boleh memilikinya sehingga menyimpannya ( memilikinya ) tanpa sebarang erti . "
( Ibn Khaldun , Muqaddimah , hlm. 482 ) 

2. Sentiasa Mendapat Sambutan 


Ramai yang memiliki emas dan suka membeli emas terutamanya wanita . Walaupun harga emas melambung naik , itu bukan halangan bagi pencinta emas dan mereka yang mampu . Malah kebelakangan ini , ramai juga yang membuat pelaburan emas . Mungkin satu hari nanti , bila nilai USD sudah menyusut , emas akan jadi sangat berharga dan menjadikan penyimpannya kaya raya .

3. Kekal Lama 


Emas mampu bertahan lama walaupun tertanam bak harta Qarun atau terendam dalam air untuk satu tempoh yang lama . 

4. Diiktiraf Dunia .


Emas dan perak mempunyai nilai asli yang diiktiraf di seluruh dunia serta tidak dikawal oleh mana - mana negara tetapi benar - benar menurut demand and supply ( permintaan dan penawaran ) .


 Kelebihan Pelaburan Dinar Emas


5. Tidak Boleh Dicipta Atau Dimansuhkan 


Kerana ia pemberian Allah kepada penduduk bumi secara semulajadi . Tersorok , sukar untuk didapati maka ia menjadi sangat berharga . Tak ada sesapa yang sanggup dan mampu untuk memusnahkannya .

6. Tidak Boleh Dimonopoli 


Tiada sesiapa yang boleh mengawal pengeluarannya . Sesiapa yang ada kuasa beli , boleh saja membeli dan menjualnya semula demi keuntungan .

7. Logam Yang Jarang Ditemui 


Sifat inilah yang menjadikannya sesuai untuk dijadikan mata wang . Tak akan berlaku lambakan di pasaran sehingga tak bernilai .

8. Stabil .


Nilai turun naiknya yang stabil jadikannya pilihan yang terbaik .

9. Diiktiraf Oleh Al - Quran Dan Hadis 


Dinar emas disebut secara spesifik dalam al - Quran dan hadis serta menjadi rujukan bagi kiraan zakat . Keutamaan dinar emas telah diiktiraf oleh Rasulullah melalui sabdanya ;

Akan tiba satu zaman kepada manusia yang tiada manfaat pada waktu itu kecuali dinar dan dirham . "
( Riwayat Ahmad )



Imam Syafi'e pernah menolak tindakan menjadikan logam selain emas dan perak sebagai mata wang . Malah beliau amat tegas sehingga menolak sebarang qiyas terhadap emas dan perak . Namun ulama mazhab Syafi'i berpendapat , qiyas dalam hal ini masih wujud sekiranya ia mempunyai 'illah athman ( store value ) . 



Di sebalik kelebihan dinar emas dah tentu ada kekurangan . Kelebihan - kelebihan itu sudah cukup buat kita teruja dengan dinar emas .




*NOTA ;



Tidak rugi membuat pelaburan emas ...




Disediakan Oleh ;




5 Responses to "Kelebihan Pelaburan Dinar Emas"

  1. Setuju..tidak rugi membuat pelaburan emas..

    ReplyDelete
  2. bagus juga ya pelaburan emas ni.. tp nak buat slow2 dlu

    ReplyDelete
  3. Adik.saya ada buat pelaburan emas.
    Dia pun remind saya tentang no.9

    ReplyDelete
  4. jangan lupa bayar zakat emas :p

    entah kenapa tak berapa minat nak pakai emas, inikan pula nak beli ;)

    ReplyDelete
  5. Betul tu... setuju sgt2. Agenda Yahudi mengaburkan keistimewaan dinar emas ni.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...