Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah . Palestin adalah sebuah negara yang berabad lamanya memperjuangkan kemerdekaan dan mahu kewujudan negaranya diiktiraf PBB dan dunia . Walaupun pelbagai tragedi terpaksa mereka lalui namun untuk meninggalkan bumi Palestin adalah tidak mungkin . Rakyaatnya lebih sangup bermandi darah demi mempertahankan bumi Palestin daripada diragut dn dijajah .
Siapa SokongPalestin ?
Siapa yang berani sokong Palestin secara terangan ? Negara - negara Arab yang berada disekelilingnya pun hanya berani memandang sahaja serta membisu seribu bahasa hanya kerana mahu mengelakkan ' kuasa besar ' itu menyekat ekonomi mereka .
MOSCOW - RUSIA . Rusia berjanji akan menyokong draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara, menurut Interfax.
Dalam pada Palestin dikelilingi negara Arab yang sebangsa dan seagama malah di negara - negara tersebut juga para nabi dan Rasul , para ulama , para ambia' dilahirkan , tiba - tiba muncul sebuah negara yang penganut Muslimnya seciput sahaja , tetapi berani memberikan sokongan secara terangan .
Timbalan Menteri Luarnya, Mikhail Bogdanov berkata, resolusi itu boleh dijadikan titik permulaan untuk memperbaharui rundingan antara Palestin dengan Israel, selain Rusia bersedia memberi sokongan jika tiba masa untuk mengundi kelak.
Rusia , adalah sebuah negara yang lantang dan berani kerana dia memiliki kekuatan ketenteraan . Walau apa pun muslihat disebaliknya , kenyataan itu sudah dapat memberi semangat kepada pemimpin Palestin untuk meneruskan perjuangan mereka .
Semoga impian pemimpin Palestin untuk melihat negara Palestin diiktiraf negara luar akan menjadi kenyataan .
~ Cetusan Minda ~
InshaAllah,mudah-mudahan..sama sama kita doakan buat palestine..
ReplyDeletesy sentiasa sokong palestin...semoga rakyat palestin akan bebas dari cengkaman zionis dan kuasa besar yg lain..aminnnnn
ReplyDeleteSemoga Allah sentiasa melindungi Palestin.. dalam senario krisis Rusia - Amerika & sekutu barat, ia adalah langkah yg tepat...
ReplyDeletesaya pernah terbaca mengenai russia ni
ReplyDeletebahkan dalam konflik mh17 pun ada pihak menyarankan
menyebelahi russia
tapi saya juga kurang pasti apakah maksud tersirat
moga ada sinar buat palestine