Assalamualaikum ...
GST Dan Perkahwinan | Bismillah . Musim perkahwinan menjelang lagi . Bagi yang sudah merancang berbulan malah bertahun untuk mendirikan perkahwinan , sudah tentunya persiapan perkahwinan itu sudah berada di peringkat akhir . Diharapkan , musim hujan dikala ini tidak menggugat rancangan yang anda sudah rangka untuk sekian lama . Pun begitu , ujian tetap ada antaranya harga barangan dan perkhidmatan yang kian meningkat disebabkan kenaikan harga minyak . Apatah lagi GST akan di kuatkuasakan pada April 2015 tapi tempias sudah terasa . Sudah tentu GST dan perkahwinan akan buat orang bujang dan pasangannya merasa gusar .
GST Dan Perkahwinan
Apa pila kaitan GST dan perkahwinan ? Sudah tentulah GST ada kaitan dengan banyak perkara termasuk perkahwinan . Walaupun GST belum dilaksanakan , kemungkinan kos untuk mengadakan majlis perkahwinan meningkat . Kalau harga barang meningkat , sudah tentulah kelengkapan majlis kahwin juga meningkat bukan .
Kenaikan Barangan Dan Perkhidmatan
Hasil tinjauan pasangan pengantin ke butik - butik mendapati bahawa walaupun GST belum dilaksanakan , kenaikan harga sudah bermula . Perkhidmatan seperti fotografi , mekap , pelamin dan sewa baju pengantin yang mahal materialnya contohnya sudah dinaikkan harga .
Selain itu akan berlaku juga kenaikan sewa dewan yang mungkin sekali ganda , perkhidmatan catering , kad kahwin , bunting , petunjuk arah , sampul bercetak juga lainnya yang akan menjadikan pasangan pengantin perlu menyediakan budget lebih untuk majlis perkahwinan mereka .
Kita tidak boleh juga salahkan mereka . Bila kos yang mereka keluarkan meningkat , maka kos untuk perkhidmatan mereka juga terpaksa dinaikkan sekiranya mereka tidak mahu menanggung kerugian kerana mereka berniaga untuk mendapatkan keuntungan bukan buat kerja kebajikan .
Lakukan Penjimatan .
Sebagai bakal pengantin juga ibu bapa pengantin , anda perlu bijak mengatur perbelanjaan majlis kahwin . Contohnya , anda boleh ambil pakej kahwin yang menyediakan bersama kotak cenderahati . Anda hanya perlu beli barangannya dan isi sendiri mengikut budget yang anda mampu berbanding anda beli doorgift yang sudah siap sepenuhnya .
Anda juga boleh menghasilkan kad perkahwinan sendiri yang ringkas dengan bantuan teknologi komputer yang sedia ada .
Dapatkan sendiri material untuk baju nikah dan persandingan anda dan hantar pada tukang jahit . Anda hanya perlu pilih atau reka sendiri design baju yang anda gemari . Sudah tentu anda dapat menjimatkan hampir separuh dari nilai sewa baju tersebut . Baju tersebut boleh digunakan pada adik - adik juga anak - anak anda nanti .
Bagi yang memiliki masyarakat yang masih mengamalkan kerja gotong royong , kos memasak untuk majlis perkahwinan sudah boleh dijimatkan . Keluarga anda juga boleh bergotong royong memasak dan menyediakan juadah untuk tetamu seperti yang keluarga saya amalkan .
Kalau anda mahukan pelamin dan bilik tidur yang cantik , boleh sahaja anda google design dan cari materialnya . minta bantuan adik beradik , kawan - kawan dan saudara mara mungkin juga jiran tetangga untuk membantu anda .
Segerakan Majlis Kahwin Elak GST
Banyak cara sebenarnya kalau anda mahu melakukan penjimatan . Pada pasangan yang sudah merancang dan sudah cukup budget , jalankanlah majlis perkahwinan anda sebelum GST dilancarkan . Khabarnya kos untuk kursus kahwin juga akan meningkat nanti . Bagi CM yang menunggu jodoh ini , redha dah redah je la kalau jodoh itu tiba selepas GST . CM dah tiada ayah dan bunda pula sudah uzur . Maka adik beradiklah tempat bergantung . Nasib baik ada 9 orang . Kenalah prepare simpanan untuk majlis sendiri . Tak leh citer pasal hantaran , sensitif !
Kesian bakal pengantin. Nak kahwin pun kena GST kan..
ReplyDeletememang kena carik cara yang paling jimat kalau nk wat kenduri kawen...ape yg penting kita wat yang wajib dulu..(^_^)
ReplyDeleteRedah untuk segerakan rukun nikah adalah lebih penting untuk pasangan yang bercinta. Bukan apa, jika dilambat-lambatkan urusan nikah atas alasan kewangan, dibimbangkan pasangan ini akan meredah bersama-sama check-in di bilik hotel pula.
ReplyDelete"segerakan majlis perkahwinan elak GST"
ReplyDeletetu memang epik! hehe
klu buat kenduri kat kampung kurang skit kot tempiasnya kenaikan harga barang ni.... sebab orang kampung suka menyumbang bahan bahan masakan klu ada kenduri kawen... telur, kelapa, beras, gula selalunya dapat dari sumbangan.... khemah pun free. :-)
ReplyDeleteSetelah membaca entri ini saya memikirkan kos perkahwinan dua orang anak saya yg belum lepas yg akan menjadi t/jawab saya nanti.
ReplyDeleteJemput baca n3 terbaru saya yg dedikasikan utk awak.
Perkongsian yang baik.
ReplyDeleteCumanya saya ingin menambah sedikit.
Gaya orang kita suka menempah pelamin yang beribu-ribu yang hanya boleh digunakan sehari atau 2 hari
Tetapi mengabaikan Budget fotografi yang boleh dikenang sehingga anak cucu.
Selain itu foto yang dirakam mampu mengibau semula kenangan sewaktu mula-mula bibik perkahwinan. Sweeet kan?
hahahaha apa pun pasti akan terasa kesan GST
ReplyDeleteApakah permainan dorang barang naik sebelum GST? Adakah masa GST dorang turunkan harga bagi nampak GST tu bagus?
ReplyDeletenampaknya kenduri buat secara sederhana je la..lari bajet nanti :)
ReplyDeleteoh pening tiba2. haha!
ReplyDeletesalam Jumaat sis.. erm semua dah meningkat.. hantaran & belanja khawin pun psti meningkat.. sabor jak lah... :)
ReplyDeleteAssalamualaikum CM.. Salam perkenalan dari saya dari blog RosmizaAliDotCom.. Sekarang ni memang banyak kena pakai duit.. Kena pandai manage & berjimat cermat..
ReplyDeleteTulah Vee serba serbi mahal sekarang ni apa yg tak mahal pun tak tau....pening kepala jugak ni nak kawenkan anak akan datang huhu
ReplyDeleteRamai pulak yang tertangguh kahwin nanti sebab segalanya mahal.
ReplyDeleteErmmmm..
Hantaran sekarang pun dah berbelas ribu.
Zaman anak2 pula nanti tak tahulah mcm mana pulak penangan kosnya hhmmm...
ReplyDeleteNasib baik boleh menabung kat rhb sini... :)
bab hantaran tu memang sensitif... hihi
ReplyDelete