Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah . GST belum bermula tapi ramai yang sudah terasa bahang kenaikannya . Sudah banyak barangan dan perkhidmatan telah dinaikkan harga . Bagi para pembeli , sekiranya sudah tiada pilihan , terpaksalah membeli . Sekarang giliran blogger pula dikhabarkan mungkin dikenakan GST .
Blogger Dan GST
Blogger dan GST bolehkah dipisahkan ? Tidak dinafikan ramai blogger yang menjadikan blog sebagai punca pandapatan . Blogger jenis ini mampu memperolehi pendapatan melebihi 1k sebulan . Malah ada yang mampu menjana hingga ke lima angka . Bagi blogger yang memperolehi hasil jualan perniagaan melebihi RM 500,000 setahun , maka anda adalah antara blogger yang akan dikenakan GST .
Jenis Pengiklanan
Dikhabarkan bahawa jenis pengiklanan yang akan dikenakan GST adalah blog yang menyediakan ruang iklan bersama caj seperti banner yang meletakkan " Iklan Di Sini " kerana pernyataan itu jelas anda terlibat dalam pengiklanan . Pun begitu , blogger yang membuat advertorial , product review dan juga dropship , status ini belum begitu jelas .
Apa Blogger Perlu Lakukan
Blogger yang mencari pendapatan menggunakan blog , anda dinasihatkan agar mendaftar dengan SSM . Lebih mudah kalau blogger itu mendaftrakan atas nama syarikat bagi yang memiliki blogshop. Bagi blogger biasa , anda hanya perlu mendaftarkan menggunakan kad pengenalan anda kerana blogger ini dianggap sebagai sole proprietor iaitu bukan syarikat .
Kesimpulannya , tidak perlulah blogger bimbang sekiranya jelas pendapatan anda tidak melebihi RM 500,000 setahun . Harap GST ini tak mengejar setiap blogger bagi memastikan blogger tak sembunyikan pendapatan .
GST..kata taun depan Apr baru mula..tapi ada baru2 ni kak nah beli tudung on9 dah pun de cas GST..ada org amik kesempatan awal tak..
ReplyDeletesetengah juta tu...
ReplyDeletebahang gst sudah mula dirasai..kita doa yang terbaik utk semua
ReplyDeleteAssalammualaikum...vee,
ReplyDeletealahai... blogger pun kena GST..
mselim3
pls: kesian lah kat blogger kecil2 .. nie..kan
GST oh GST...dimana-dimana aje...
ReplyDeleteHuhuhu...bagai irama dan lagu la lepas ni ye? Hehe. Blogger dan gst. Sis,jemput join segmen kathy ye?
ReplyDeleteadeh.. itupun nak kenakan GST ke?
ReplyDeletebiar betik.
da nama pun cukai....dpt byk mmg la kena byr... ;-)
ReplyDeleteOk...tak seram bab GST dan blogger ni ....sebab tak berkenaan hihi
ReplyDeleteOwh..500k baru kena GST.
ReplyDeleteYe lah..takkan untung sikit nak kena charge, kesian pulak nanti rugi yang dapat.
saya pun tak berkenaan ni...hehe
ReplyDeletetak bimbang sangatlah =)