Panduan Untuk Musafir


Assalamualaikum ...

Panduan Untuk Musafir | Bismillah . Musim cuti sekolah ini sudah tentu ramai yang bermusafir . Sama ada balik ke kampung halaman juga pergi melancong bersama ahli keluarga . Bila berada jauh dari rumah yang anda bermastautin , sudah tentu anda akan melakukan solat jamak bagi solat untuk waktu - waktu tertentu . Mungkin panduan untuk musafir ini boleh anda lakukan bila anda bermusafir nanti .

Perkiraan Sebagai Musafir
Permulaan musafir dikira setelah kita keluar kawasan , sama ada melalui sungai , parit , kota sempadan atau kawasan yang tidak ada bangunan lagi .
Akhir musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir tadi .


Panduan Untuk Musafir



Panduan Untuk Musafir


Panduan untuk musafir ini CM salin semula dari sebuah buku Indahnya Hidup Bersyariat yang dihasilkan oleh Ustaz Ismail Kamus . Harapan CM panduan untuk musafir ini dapat memberi penjelasan yang mudah untuk anda fahami .

1- Tidak Kurang Dari 60 Batu atau 100 KM


Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang dari 60 batu atau 100 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya . Jadi , untuk berhati - hati bolehlah dikira dari 60 batu .

2- Solat Jamak Tidak Boleh Dipisahkan Dengan Jarak Yang Sangat Lama 


Antara dua solat jamak tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama . Oleh itu selepas sahaja salam , teruskan sahaja solat yang kedua dengan hanya diselangi oleh iqamat sahaja . ( Solat jamak dengan satu kali azan dan dua kali iqamat ) .

3-  Tidak Boleh Berimamkan Orang Yang Solat Sempurna ( Tamam )


Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna ( tamam ) . Apabila seseorang itu sudah sampai ke kawasan permulaan ia bertolak tadi , maka selesailah solat jamak dengan qasarnya . Ia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara qasar dan jamak .

4- Berhenti Pada Satu Tempat Selama 4 Hari Atau Lebih Maka Putuslah Safarnya


Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih maka putuslah safarnya tapi sekiranya ia hendak berhenti di situ selama tiga hari maka bolehlah melakukan solat jamak dan qasar . Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar .

5-  Diharuskan Jamak Dan Qasar Sehingga 18 Hari


Apabila seseorang itu berhenti di suatu tempat dengan niat akan berada di situ selama tiga hari , tapi kerana urusan tidak selesai dai sehari ke sehari , maka ia diharuskan jamak dan qasar sehingga 18 hari .

6- Tidak Diharuskan Solat Jamak Dan Qasar


Apabila seseorang itu bermusafir kerana sesuatu maksiat , maka ia tidak diharuskan solat jamak dan qasar .

7- Jamak Takhir Hendaklah Berniat Lebih Awal


Bagi mereka yang hendak melakukan solat jamak takhir hendaklah berniat lebih awal , jangan sampai waktu hendak akhir baru berniat .

8- Tentu Dan Ia Tahu Ke Mana Arah Tujuan


Perjalanan seseorang musafir itu hendaklah tentu dan ia tahu ke mana arah tujuan . Jika ia tidak tahu ke mana diarahkan perjalanannya itu , maka tidak boleh melakukan jamak / qasar .

9- Jamak Untuk Ahli Kariah


Kemudian solat jamak ( jamak sahaja ) juga diberikan kepada ahli kariah yang ingin mengerjakan solat berjemaah . Apabila turun hujan lebat dan kampung itu  merupakan satu kawasan yang biasanya lecah dan becak , dengan syarat ada hujan pada awal kedua - dua solat dan antara kedua - duanya dan pada salam solat pertama . Tidak mengapa kalau sekiranya hujan itu berhenti di pertengahan solat pertama atau di pertengahan solat kedua .



Sumber : Indahnya Hidup Bersyariat m/s 124




~ Sumber Informasi ~




12 Responses to "Panduan Untuk Musafir"

  1. Thanks Sis Vee..sangat berguna untuk mereka yang selalu travel...kalau balik kampung pun boleh jamak dan qasarkan...

    ReplyDelete
  2. Bagus perkongsian ni. Ramai lagi yang masih kompius.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas pengkongsian ini. Saya salah seorang sering kerja luar..

    ReplyDelete
  4. panduan utk org yg bermusafir tak kira jauh atau dekat.. tips yg boleh membantu :)

    ReplyDelete
  5. keje yg selalu outstation mcm kami ni mmg kena musafir..dan kena tau cara yang betul untuk jamak...nice sharing :)

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum.. centusan minda,

    terima kasih bebanyak ... bagus ada panduan macam nie... sikit sebanyak membantu musafir untuk solat jamak dan qasar..

    mselim3

    ReplyDelete
  7. Info yang sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  8. Panduan yg bermanfaat buat semua dalam bermusafir... T kasih atas perkongsian Vee.

    ReplyDelete
  9. Bagus perkongsian ini. Jamak itu satu kemudahan buat umat islam tetapi solat itu tetap satu kewajiban.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih berkongsi ilmu Vee...kiranya mcm okje dah baca buku tu lah....hihi sebab kat rumah ni pun ada gak....cuma bacanya entah bila hihi....Refer sesekali

    ReplyDelete
  11. terima kasih tuk perkongsian ni vee ye

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...