Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah . Sesiapa sahaja mahu jadi bijak . Walaupun mungkin kurang cekap berfikir , jauh di sudut hati tetap ingin menjadi bijak kerana bila kita bijak , banyak perkara kita boleh buat dan ramai orang suka malah orang akan hormat kita . Ada cara sebenarnya untuk menjadi bijak . Al Quran rahsia menjadi bijak sebagai mana penjelasan di bawah .
Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang. Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu .
Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.
Al Quran Rahsia Menjadi Bijak
Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.
Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri. Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita.
Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya walaupun mulanya saya tak berapa faham. Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar. Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.
Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential.
Bagaimana ia berlaku?
Ok, logiknya dan saintifiknya begini. Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran, kita akan buka mulut untuk membaca dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya di mana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya. Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan.
Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!
Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. ( melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil ).
Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.
Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.
Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju. Apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita bijak dengan izin Allah...
Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran sebagai rahsia menjadi bijak. Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad.
Anyway, semasa saya belajar di madrasah dulu, setiap pagi, kami diwajibkan membaca surah Yassin selepas solat Subuh, kemudian diwajibkan pula untuk membaca 1 juzuk Al-Quran setiap hari. Setiap 30 hari, kami akan khatam Al-Quran. Aktiviti inilah yang paling "tidak disukai" para pelajar, sebab waktu tu sangat mengantuk. Tapi mereka tidak faham, mengapa ulama anjurkan pembacaan Al-Quran selepas Subuh. PALING KURANG, kita diarahkan Rasulullah untuk baca surah Yassin pada setiap pagi.
Satu lagi, seeloknya, bila kita baca Al-Quran, bacalah surah yang jarang kita baca dan mulakan dengan tertib dari mula hingga khatam. Jika kita hanya baca surah lazim yang kita sudah hafal, otak kita sudah biasa dengan ayat itu dan kadar tenaga yang digunakan otak tu tidaklah sebanyak yang digunakan ketika membaca surah yang belum dihafal.
Rahsia mengapa Rasulullah dan para ulama anjurkan baca Quran pada awal pagi ialah kerana, ketika awal pagi, otak kita masih fresh selepas rehat yang panjang (tidur).
Jadi untuk mengaktifkannya, kita perlu membaca Al-Quran. Hasilnya, terbentuklah para pelajar madrasah yang genius, boleh menghafal matan-matan Arab, hafal ribuan Hadith, hafal Quran, hafal perbahasan ulama, mampu membaca kitab Arab tanpa baris dengan lancar dan sebagainya yang saya kira agak mustahil untuk dikecapi oleh pelajar akademik sekular (melainkan mereka juga amalkan rutin yang sama).
Note:
Lazimkan pembacaan Al-Quran beramai-ramai dengan suami/isteri dan anak-anak SETIAP PAGI. Berjemaah lebih bagus sebab kita rasa lebih bersemangat dan kebarangkalian untuk istiqamah itu lebih tinggi.
Ini silibus pertama HOME SCHOOLING yang diajar oleh Rasulullah
Seronok dapat amalkan
Satu tips nak jadi genius.
~ Facebook ~
Cuti sekolah yang bakal tiba , apa kata anda menghantar anak - anak anda mengikuti kem belajar membaca al Quran atau apa sahaja kem yang berkaitan denagn al - Quran . Bukan setakat memberi pendedahan kepada anak - anak tentang kaedah membaca al - Quran yang betul dan tepat malah dapat mengisi nurani dan jiwa mereka supaya dekat dengan al - Quran . Mudah - mudahan anak-anak anda akan gemar membaca al Quran selepas ini kerana al Quran rahsia menjadi bijak .
Marilah sama - sama kita jadikan pembacaan Al - Quran itu sebagai bacaan lazim harian kita . Bukan sahaja demi manfaat seperti tajuk ini ( al - Quran rahsia menjadi bijak ) tapi juga manfaat lainnya yang sangat banyak dan berguna untuk kita di dunia juga akhirat . Pembacaan al Quran akan jadikan jiwa kita lebih tenang . Lakukannya dengan ikhlas kerana Allah .
Disediakan Oleh :
nice sharing.. banyakkan membaca al-quran la lpas ni.
ReplyDeleteAl-Quran panduan sepanjang zaman.
ReplyDeleteThanks for the info...
ReplyDeleteSubhanallah...besar hikmahnya membaca al Quran...
betul tu..perlu amalkan sentiasa membaca al quran (^_^)
ReplyDeleteDgn Al Quran, pasti akan ada kejayaan... aamiin.
ReplyDeleteSaya sangat setuju dengan apa yang dikongsikan di sini kerana faktanya memang
ReplyDeletesudah begitu - jika orang tidak fasih membaca Al-quran sekali pun tapi sering dilazimkan membaca Quran, akhirnya otaknya memang cekap memproses data yang diterima
dari sekelilingnya. Subhanallah.
Nice sharing...Al Quran kalamullah..
ReplyDelete