Panduan Ketika Makan Dan Minum


Assalamualaikum ...

Panduan Ketika Makan Dan Minum | Dengan lafas Bismillah . Dalam Islam ada panduan ketika makan dan minum tertentu yang perlu kita turuti . Bermula dengan doa . Doa pun ramai yang lupa bila dah menghadap makanan dan minuman apatah lagi bila perut dalam keadaan yang sangat lapar dan dahaga . Terus makan dan minum sahaja apa yang ada di depan mata .  Atas sebab dan faktor inilah yang menjadikan kita mudah obesiti



Panduan Ketika Makan Dan Minum


Panduan Ketika Makan Dan Minum


Panduan ketika makan dan minum ini bertujuan supaya kita makan dan minum dengan cara yang betul . Ini penting untuk elakkan kita dari terkena serta menghidapi penyakit yang kita tidak ingini . Dalam soal pemakanan , Islam menganjurkan umatnya supaya bersederhana . 
  • 1/3 untuk perut untuk makanan
  • 1/3 untuk minuman
  • 1/3 untuk pernafasan 
Makanan yang diambil untuk menguatkan seseorang beribadah kepada Allah SWT , hendaklah halal . Hanya makanan yang boleh membina akal dan tubuh badan saja dibenarkan oleh syarak , kita mengambilnya . 

Firman Allah SWT bermaksud : 
" Katakanlah wahai Muhamad Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah . Kemudia sesiapa yang terpaksa memakannya kerana darurat sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas , maka sesungguhnya tuhanmu Maha Pengampun , Lagi Maha Pengasihani .  ( Al - An ' am : 145 )


Sederhana Dan Tidak Gelojoh


Baginda mengajar kita agar :
  • mengambil beberapa suapan kecil menggunakan 3 jari untuk memasukkan ke dalam mulut .
  • Makanan dikunyah sebanyak 44 x sebelum ditelan 

Sabda Rasulullah SAW : 

" Tidak ada bekas yang lebih buruk dipenuhi oleh manusia selain daripada perutnya . Cukuplah bagi manusia beberapa suapan kecil yang mampu menegakkan tulang belakangnya . Apabila menjadi satu keharusan , maka sepertiga untuk makanan , sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas . ( Riwayat Ibn Hibban , Ibn Majah dan al - Hakim )

Mengutip Sisa Makanan


Sabda Rasulullah SAW : 
" Apabila salah seorang daripada kamu makan , kemudian suapannya jatuh dari tangannya , hendaklah dia membersihkan apa yang kotor daripadanya lalu memakannya , dan janganlah dia membiarkannya untuk  ( dimakan ) syaitan ."  ( Silsilah al - Ahadith al - Sahihah no. 1404 )

Selepas makan lak jangan lupa jilat semua jari tuh sebab disetiap jari tuh ada enzim yang boleh menjadi penawar kepada penyakit dalam badan . Malah ia juga telah dibuktikan secara saintifik .


Minum Dengan Tiga Kali Nafas


Rasulullah SAW minum dengan 3 nafas iaitu di luar gelas dan melarang bernafas di dalam gelas . Selain itu juga Baginda SAW meneguk minuman dengan lembut , secara perlahan - lahan dan tidak bergopoh -gapah . 

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW apabila minum , Baginda bernafas 3 kali dan baginda bersabda yang bermaksud :

 " Itu lebih enak , lebih nikmat dan lebih sihat . " ( Riwayat Abu Daud )

Hikmah di sebalik minum dengan 3 x nafas ialah ia lebih cepat menghilangkan dahaga dan menyihatkan perut . Baginda berpesan agar tidak minum dengan tergesa - gesa ( minum dengan satu nafas ) kerana ia boleh menyebabkan sakit dada .


Tidak Menghembus Nafas Ke Arah Air


Baginda telah melarang bernafas dan meniup ke dalam gelas atau bekas minuman . 

Abu Qatadah meriwayatkan : 
" Sesungguhnya Nabi SAW melarang bernafas di dalam bekas . " ( Muttafaq 'alaih )

Tidak Minum Berdiri


Rasulullah SAW selalu duduk ketika minum kecuali ketika Baginda meminum air zam zam . Jadi , minum air zam zam secara berdiri dan menghadap kiblat adalah sunnah .

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 
" Jangan sekali - kali kamu minum sambil berdiri . Sesiapa yang lupa hendaklah dia muntahkan . "

Minum Segelas Air Sahaja


Mengikut riwayat yang lain , Abu Hurairah berkata , 
" Nabi Muhammad menyuruh agar susu kambing  dibawa kepada baginda dan selepas dibawa , baginda meminum segelas daripadanya . Kemudian apabila baginda diberikan gelas yang kedua , baginda tidak menghabiskannya dan bersabda , ' orang Islam minum dengan satu perut , sedangkan yang kafir minum dengan tujug perut . " 
( Riwayat Muslim )

Panduan Makan Dan Minum Demi Kesihatan


Tidak ada lain kebaikan panduan makan dan minum ini adalah untuk menjaga kesihatan kita . Kita perlu disiplinkan diri demi gaya hidup yang sihat . Mulakanlah dengan cara makan dan minum anda kerana itu adalah keperluan dan keutamaan setiap manusia .




18 Responses to "Panduan Ketika Makan Dan Minum"

  1. terima kasih mengingatkan...kadang dah lapar sangat, terbabas semua...tapi yela, segalanya ada had dan batasnya...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas panduan tu Vee...

    ReplyDelete
  3. Salam singgah =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian CM ;)

    ReplyDelete
  5. insyaAllah sebagai panduan dan peringatan kita semua (^_^)

    ReplyDelete
  6. saya ni pun jenis pantang tengok makanan..memang main sebat je

    ReplyDelete
  7. Peringatan yg baik buat semua. Ada kalanya kita Bismillah je.. itu pun ada masa terbabas gak mcm Mama Amir cakap tu...
    Imotiv lah pulak...

    ReplyDelete
  8. Vee..kadang2 kalau dah haus sangat..terlupa semua tu..sekali teguk..habisss.. huhu..

    ReplyDelete
  9. Sesungguhnya banyak adap ketika makan dan minum yang nabi s.a.w waris dan ajarkan kepada kita untuk dicontohi. Terima kasih untuk perkongsian ini Vee :-)

    ReplyDelete
  10. huishhh... sha tak pernah ikut adab2 ni... main terabur je telan..

    ReplyDelete
  11. bab makan ramai yang terbabas kerana nafsu itu lebih kuat dari akal..

    ReplyDelete
  12. terima kasih untuk perkongsian dan peringatan ni =)

    ReplyDelete
  13. terima kasih mngingatkan...kadg manusia lalai...pdhal semua ni ada kebaikan...

    ReplyDelete
  14. terima kasih vee sandi atas perkongsian seperti ini

    ReplyDelete
  15. Inilah petua dan cara terbaik menguruskan badan tapi umat Islam sendiri mudah alpa dan lalai kerana desakan nafsu makan..

    ReplyDelete
  16. Kadang tukan Vee....semua tu mmg kita tahu cuma kadang tu buat buat lupa hihi....contohnya mcm minum jangan sekali nafas tu, tp tulah cuma kadang tu terlupa nak ikut hihi....

    ReplyDelete
  17. Pesakit kencing manis perlu kawal pemakanan tak bermakna depa tak boleh makan langsung tapi perlu wasatiah (bersederhana) tapi mereka selalu tak faham bila saya nasihat yang ni.
    Tak sure samada dorang saja buat x faham.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...