Istimewanya Makkah



ASSALAMUALAIKUM ...

Dengan lafaz Bismillah . Abdullan bin ' Adi bin Al - Hamra meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda , maksudnya :

" Demi Allah ! Kamu ( wahai Makkah ) adalah tanah Allah yang terbaik dan yang sangat dicintai oleh - Nya . Andai kata aku tidak diusir dari kamu , aku tak akan berpisah  ( daripada kamu ) . "  

( Hadith riwayat Ahmad , Ibn Majah dan Tirmidhi ) .


Istimewanya Makkah


Istimewanya Makkah


Istimewanya Makkah kerana terdapat perkara - perkara berikut :

1. Tempat dibangunnya Rumah Allah ( Baitullah ) sejak dari zaman Nabi Adam A.S .

2. Tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW iaitu rasul yang terakhir .

3. Tempat beribadah para hamba - hamba Allah serta adanya kewajipan atas mereka untuk mengunjunginya , baik dari jauh mahupun dekat ( ibadah Haji dan Umrah ) . 

4. Tempat yang tidak boleh seorang pun masuk ke dalamnya kecuali dengan kerendahan hati , khusyuk' , kepala terbuka ( bagi lelaki ) dan meninggalkan segala bentuk pakaian dan perhiasan dunia .

5. Tempat yang Allah SWT telah pilih sebagai kota suci yang aman yang tidak boleh ada pertumpahan darah .

6. Tempat yang Allah SWT  syariatkan kepada manusia untuk bertawaf di Kaabah .

7. Tempat di mana kiblat manusia seluruh dunia dan tidak ada sejengkal bumi pun yang Allah wajibkan hamba - hambanya untuk menghadap dan melambaikan tangan kecuali kepada Kaabah , Hajar Aswad dan rukun Yamani .

8. Tempat yang Allah SWT pilih untuk sesiapa yang ingin menghapuskan dosa - dosa yang lalu .

9. Tempat yang mustajab doanya .

10 . Tidak ada tempat di muka bumi ini yang Allah SWT  pilih sebagai wajib bagi orang - orang yang mampu mengunjunginya .

11. Tidak ada di muka bumi ini suatu masjid pun di mana orang bersolat di dalamnya , pahalanya akan dilipat gandakan .

12. Tempat yang dilarang oleh Allah untuk menghadap atau membelakanginya pada waktu buang hajat .

13. Allah bersumpah dengannya di dalam Al - Quran iaitu dilarang sesiapa yang memasukinya membawa senjata termasuk larangan atas orang - orang kafir yang ingin memasukinya .

14. Tempat yang Allah akan memberikan balasan bagi sesiapa saja yang berniat jahat , walaupun belum melakukannya . Barangsiapa yang melakukan kejahatan maka balasannya akan dilipatgandakan . Ini kerana dengan melakukan kejahatan di Tanah Suci lebih besar dosanya jika dibandingkan di tempat - tempat lain .

15. Tempat yang dijaga oleh para Malaikat sehingga Dajjal pun tidak diizinkan Allah untuk masuk ke dalamnya .








7 Responses to "Istimewanya Makkah"

  1. Semoga kita semua dipermudahkan Allah swt utk dtg ke Mekah menjadi tetamu baitullah.. aamiin.
    Teringin nak belajar arkitek pula di inti...

    ReplyDelete
  2. sentiasa berdoa supaya dapat sampai di sana... (^_^)

    ReplyDelete
  3. Moga suatu masa, dapat jejak kaki ke sana... Amin...

    ReplyDelete
  4. kalau ikut TH, 25 tahun lagi turn nak pergi ke mekkah... tak sabar nak jejakkan kaki di mekkah. nice info :)

    ReplyDelete
  5. entah dapat atau tidak peluang ke sana

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...