ASSALAMUALAIKUM ...
Memang susah nak khusyuk dalam solat . Ada saja perkara dunia yang kita inga t ketika sedang solat. Ada ustaz kata sebelum mulakan solat tu bacalah surah An - Nas pastu iqamat untuk elak dari jin kacau masa kita solat . Pun begitu , ada rahsia khusyuk solat yang boleh anda jadikan panduan .
Firman Allah yang bermaksud ;
" Telah berjayalah orang - orang yang beriman , iaitu orang - orang yang khusyuk dalam sembahyangnya "
( Surah al - Mukminun : 1 - 2 )
Imam Al - Ghazali menyatakan , orang yang tak khusyuk solatnya dikira sia - sia belaka , kerana tujuan solat itu selain mengingati Allah , ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar .
Rahsia Khusyuk Solat
Tidak sukar sebenarnya untuk khusyuk ketika melakukan solat . Justeru itu di sini CM kongsikan beberapa rahsia khusyuk solat supaya jiwa anda lebih yakin dan tenang ketika melakukan solat .
1. Makanan kita mesti halalan toyyiba .
Kena pastikan makanan yang kita makan tu dari sumber yang bersih dan kita pasti dengan tepat kehalalannya . Bersih makan , bersihlah jiwa . Ikut sunnah Nabi , berhenti makan sebelum kenyang . Dapatlah kita melakukan ibadah kepada Allah dengan sempurna tanpa lesu atau letih .
2. Wuduklah dengan sempurna .
Sebelum ambil wuduk , pastikan kita melakukan perkara - perkara sunat cam masukkan air ke dalam lubang hidung , berdoa sebelum ambil wuduk serta lainnya . Pastikan juga wuduk itu betul - betul sempurna .
3. Mulakan dengan Istighfar .
Sebelum mulakan solat disunatkan kita membaca istighfar , tiga kul ( surah An - Nas , Al - Falak , Al - Ikhlas ) . Fadhilat surah ini ialah untuk mencegah dari gangguan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk melalaikan manusia ketika solat .
4. Ikhlaskan hati .
Kita anggap solat itu cam kita berhadapan dengan Allah dengan rasa rendah diri , rasa kehinaan dan rasa taubat atas segala perbuatan kita . Ini akan jadikan kita gerun dan takut akan segala seksaan Allah terhadap segala dosa yang telah dilakukan .
5. Baca dengan penuh perasaan .
Bukan saja baca dengan mulut malah dengan hati dan seluruh jiwa raga sampai tak terlintas langsung tentang hal - hal dunia .
6. Solat berjemaah .
Buat solat berjemaah ni pahalanya berganda , syaitan nak mencelah pun susah .
Sekiranya kita dapat melakukan segala tips yang diberikan di atas , CM percaya , insha Allah kita akan dapat melakukan solat dengan khusyuk . Sebelum solat , anda perlu fokuskan jiwa raga anda untuk melakukan tanggungjawab untuk menghadap Allah .
Disediakan oleh :
7. Percaya bahawa kita akan menemui Tuhan dan kembali kepada Nya .
" (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. "
Sekiranya kita dapat melakukan segala tips yang diberikan di atas , CM percaya , insha Allah kita akan dapat melakukan solat dengan khusyuk . Sebelum solat , anda perlu fokuskan jiwa raga anda untuk melakukan tanggungjawab untuk menghadap Allah .
Disediakan oleh :
Assalam,
ReplyDeletesatu pencerahan dan peringatan yang perlu di terapkan dihati dan minda kita sebagai umat yang beriman...
betul2, melayang2 fikiran..huhu..ustazah timm pesan klau nk kusyuk, waktu dlm bacaan tu cuba ingat dlm kepala bait2 ayat dia, segala baris2 tu..i'allah boleh khusyuk^^
ReplyDeleteSalam. Untuk khusyuk kita perlu meyakini dua perkara seperti yang tertulis pada Surah Al-Baqarah ayat 46
ReplyDeletemencari khusyuk dalam solat juga dengan cara kita faham maksud ayat yg kita baca..in shaa Allah..
ReplyDeleteKena cuba tips ni nampaknya vee....
ReplyDeleteMemang pun .....macam macam yg dipikir bila time solat. Malunya kita dengan Allah
Alhamdulillah..jom sama-sama kita jaga solat kita...
ReplyDeleteAsalam subahanallah, amat bagai membaca, melunakkan hati dan jiwa..paparan seperti ini memang makanan Etuza .suka sangat subahanallah..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. perkongsian yg bermanfaat.. semoga kita semua beroleh solat yg khusyuk sentiasa... aamiin
ReplyDeleteMashaallah...
ReplyDeleteAllahuakbar..
Perkongsian yang hebat bagi saya:)
saya sendiri masih mencuba untuk dapat
ReplyDeletenikmat khusyuk dalam solat
terima kasih untuk perkongsian ni
moga saya berjaya nanti
Bagus ni, sama2 kita jga khusyuk dalam solat
ReplyDeleteFollower 229#