Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah . 40 adalah usia yang matang dalam banyak perkara . Malah kebanyakan ulama' mengurangkan tidurnya dan melebihkan ibadah bermula pada usia 40 kerana ianya satu peringatan ! Lazimnya ketika seseorang itu berusia 40 tahun , mereka telah mencapai puncak kegemilangan dalam kehidupannya sama ada dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahu pun spiritualnya. Mereka juga telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke alam dewasa yang sebenar. Keadaan itu menjadikan semua nikmat yang Allah berikan kepada kita untuk beribadah .
Allah swt. berfirman yang bermaksud :Usia 40 Satu Peringatan
“dan Kami berpesan kepada insan agar berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan kepayahan dan melahirkannya dengan kepayahan, dan tempoh mengandung beserta menceraikan susunya ialah tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat matang yang sempurna dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, maka dia berdoa: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah untuk kebaikan dalam zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)”(al-Ahqaf: 15)
Jadikanlah doa di dalam ayat di atas sebagai doa lazim apabila usia kita mencecah 40 tahun dan lebih .
Dalam ayat ini juga Allah berpesan supaya :
1. Berbakti kepada kedua ibu-bapa kerana jika sudah berusia 40 tahun bermakna kita sudah matang .
Sebagaimana Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (Riwayat al-Bukhari).
Al - Khalil bin Ahmad al - Farahidi telah berkata ;
" manusia yang paling sempurna akal dan fikirannya adalah apabila telah mencapai usia 40 tahun . Itu adalah usia di mana pada usia tersebut Allah Ta'ala mengutus Nabi Muhammad S.A.W , dan fikiran manusia akan sangat jernih pada waktu sahur . "( al - Wafyat A'yan , Ibnu Khalkan ; 2 / 245 )
2. Mensyukuri nikmat iaitu dengan beramal soleh yang diredhaiNya (menjadikan semua nikmat yang Allah berikan kepada kita untuk beramal soleh)
“mereka (yang bersifat seperti itu) itulah orang-orang yang Kami (Allah) terima dari mereka amalan yang baik yang mereka telah amalkan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahan mereka; (mereka akan dimasukkan) dalam ahli syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka”. (Surah al-Ahqaf: 16).
3. Bertaubat dan berserah diri, maksudnya tidak mahu lagi buat maksiat dan menyedari kita adalah hak Allah dan akan kembali kepadaNya.
Kata al-Imam Ibn Kathir (w. 774H):
“Ayat ini memberikan petunjuk bahawa insan apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah, serta bersungguh-sungguh mengenainya”(Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 7/281. Saudi: Dar al-Tibah).
Firman Allah :
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?
(al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” membawa maksud usia 40 tahunsatu peringatan . Manakala menurut Ibn Kathir pula , ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh - sungguh .
Berikut adalah hadis - hadis sebagai bukti kepada penjelasan kenapa kita perlu banyakkan ibadah pada usia bermula 40 tahun .
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw. :
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw. :
لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد
"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi . " ( Riwayat Ahmad )
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati- hati juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja.
“Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Ketika mencapai usia 40 tahun , Imam Syafie mula berjalan menggunakan tongkat . Ketika ditanya apa sebabnya , sedangkan tubuhnya masih gagah , beliau berkata ;
“Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Diantara aku dan dia ada Allah.”
Persediaan Bermula Usia 40
Apa yang kita perlu lakukan sebagai persediaan bermula usia menginjak 40 tahun? Makanya , sebagai persediaan bermula usia 40 tahun lakukanlah :
1. Teguhkan tujuan hidup
2. Tingkatkan daya spiritual
3. Jadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Jaga makan dan tidur
6. Jaga istiqamah dalam ibadah.
CM tidak mengatakan bahawa wajib melakukan ibadah ketika usia bermula pada 40 tahun . Sebagai umat Islam sejati , kita wajiblah melakukan ibadah , melakukan segala suruhan agama , menjauhi pula segala larangannnya pada usia seawal mungkin .
Cuma usia 40 satu peringatan kepada kita supaya melebihkan ibadah kerana pada usia ini kita sudah memiliki dan merasai banyak nikmat dunia . Malah anak - anak juga sudah pandai mengurus diri sendiri walaupun masih di sekolah rendah . Maka lebihkan amalan untuk akhirat pada usia bermula 40 agar mudah untuk kita bersoal jawab di sana nanti sebagaimana maksud hadis di bawah ;
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
“ Tak akan berganjak kedua kaki manusia pada hari kiamat sampai selesai ditanya tentang empat perkara, iaitu tentang umurnya, dihabiskan untuk apa; tentang masa mudanya, dipergunakan untuk apa; tentang hartanya, dari mana diperolehinya dan untuk apa dibelanjakan; dan tentang ilmunya, apakah sudah diamalkan ”.(HRTirmidzi).
Ada ungkapan yang mengatakan bahawa sekiranya seseorang yang mencapai usia 40 tahun dan lebih tetapi masih tidak berubah perangai dan akhlaknya , maka sampai ke tualah akan jadi begitu . CM mendoakan kepada golongan ini agar terus mendapat hidayah dari - Nya .
Al - Alusi , pengarang kitab tafsir Ruh al - Ma'ani berkata ;
" Telah disebut oleh bukan seorang bahawa manusia itu apabila telah mencapai umur ini , akhlaknya telah begitu kuat bertapak pada dirinya , hampir - hampir tidak akan dapat dihilangkan lagi selepas itu ."
40 tahun kita telah rasa banyak nikmat dunia . Marilah sama - sama kita mencari akhirat pula .
Disediakan Oleh :
Terima kasih kerana mengingatkan Vee....Insaf sekejap baca entri ni huhu....
ReplyDeleteMoga Allah akan tetap dan terus memberikan peringatan dan hidayahnya pada hambanya yg hina ini
Banyak sangat dosa saya dah buat walaupun baru usia nak masuk 32 tahun.
ReplyDelete