Waktu Paling Sesuai Untuk Berselawat


ASSALAMUALAIKUM ...

Dengan lafaz Bismillah . Rugi rasanya kalau kita tak tahu waktu dan ketika dituntut untuk kita berselawat menurut hadis . Berselawat ni adalah cara yang mudah untuk kita dapat pahala selain ganjaran lainnya . Justeru itu kita perlu tahu waktu yang  paling sesuai untuk berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w .

 Waktu Paling Sesuai Untuk Berselawat

Waktu Paling Sesuai Untuk Berselawat

Berikut adalah waktu paling sesuai untuk berselawat menurut hadis - hadis sohih supaya kita yang melakukannya mendapat lebih banyak ganjaran dan manfaatnya .

1. SESUDAH AZAN


Sebagaimana sabda Rasulullah saw :

" Jika kalian mendengar muazin , maka ucapkanlah seperti apa yang ia ucapkan kemudian berselawatlah untukku . Kerana sesungguhnya barang sesiapa yang berselawat untuk ku satu kali Allah akan berselawat untuknya 10 kali . Kemudian mohonkanlah kepada Allah wasilah untuk ku . Sesungguhnya ia adalah suatu tempat di syurga . Ia tidak layak kecuali untuk seorang hamba dari hamba - hamba Allah . Aku berharap bahawa hamba Allah itu adalah aku . Barang siapa memintakan wasilah untuk ku maka ia berhak menerima syafaat ku "

( Hadis Riwayat Muslim )

2. SESUDAH MEMBACA TASYAHUD AKHIR 


" Jika salah seorang dari kamu bertasyahud dalam solat maka hendaklah ia membaca , " Allahumma solli'alaa Muhammad , wa'ala aali Muhammad , kamaa sollaita wabaarakta watarhham ta'alaa Ibrahim , wa aali Ibrahim  , innaka hamidun majid . "

( Hadis Riwayat al - Baihaqi )

3. DI PERMULAAN DOA DAN AKHIRNYA 


Sabda Rasulullah saw bermaksud : 

" Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi , tidak naik barang sedikit juga daripadanya sehingga engkau berselawat atas Nabi mu . "

( Hadis Riwayat at - Tirmizi )

4. DI DALAM SOLAT JENAZAH 


Sebagaimana Imam Syafie di dalam al - Musnad : 

" Sunnah Rasulullah saw dalam melaksanakan solat jenazah adalah bertakbir pada permulaannya , setelah itu membaca al - Fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca selawat dan setelah selawat bertakbir lagi ( yang ketiga ) ... "

5. DI ANTARA TAKBIR - TAKBIR SOLAT HARI RAYA .


6. DI AKHIR DOA QUNUT DAN DI HARI JUMAAT .


Sabda Rasulullah saw :

 " Perbanyakanlah oleh mu membaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu dipintakan kepada ku . 

( Hadis Riwayat Tabrani )

7. KETIKA MENZIARAHI MAKAM RASULULLAH SAW .


Seperti yang disebut dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

" Tiada salah seorang dari kamu yang mengucapkan salam kepadaku , yakni di sisi kubur ku melainkan Allah  mengembalikan kepada ku roh ku untuk menjawab salamnya itu . "

( Hadis Riwayat Abu Daud )

8. KETIKA DI DALAM KHUTBAH .


9. KETIKA MEMULAKAN SUATU PEKERJAAN YANG BAIK ATAU URUSAN PENTING DAN BERHARGA .


Rasulullah saw bersabda : 

" Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulakan dengan hamdalah dan selawat maka pekerjaan dan urusan itu terputus dan hilang keberkatannya . "

( Hadis Riwayat Abu Hurairah )

10. KETIKA ORANG MENYEBUT DAN MENDENGAR NAMA RASULULLAH DI SEBUT .


Orang yang kedekut itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut nama ku disisinya . "

( Hadis Riwayat Ahmad )

11. KETIKA DALAM KESUSAHAN DAN DI TIMPA UJIAN .


12. SETIAP KALI MENGADAKAN MAJLIS .


Sabda Rasulullah saw : 

" Tiadalah duduk satu kaum di dalam suatu majlis , sedang mereka tidak menyebut ( mengingat ) Allah dan tidak berselawat untuk Nabi melainkan ia akan menderita kekurangan maka jika Allah menghendaki nescaya Allah akan menyeksa mereka dan jika Allah menghendaki nescaya akan mengampuni mereka . 

( Hadis Riwayat At - Tirmizi dan Abu Daud ) .



Sekiranya kita tidak mampu melakukan kesemuanya , maka janganlah ditinggalkan kesemuanya . CM percaya setiap dari kita ada antara waktu - waktu di atas yang free untuk melakukannya . Ingatlah , dalam beribadah , pahala kita perlu cari dan ganjaran kita perlu rebut sendiri .





Disediakan oleh ;








14 Responses to "Waktu Paling Sesuai Untuk Berselawat"

  1. info sgt berguna... tq 4 sharing :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Baru zumal tahu masa sesuai untuk berselawat...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah terima kasih atas pengetahuan yang bermanfaat ini,semoga anda di Rahmati Dunia Dan Akhirat,Amin,.

    ReplyDelete
  4. nice sharing, rajinkan lidah berselawat..

    ReplyDelete
  5. Terimakasih Vee.. atas perkongsian ini :)

    ReplyDelete
  6. terbaik....tq sis..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih CM, perkongsian yg bermanfaat utk pembaca.. ^_^

    ReplyDelete
  8. Salam Jumaat Vee..
    T.kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  9. thanks for sharing. berguna info ni

    ReplyDelete
  10. Assalaamualaikum. Yang penting sentiasa diamalkan..:)

    ReplyDelete
  11. Insyaallah Vee... kebaikan untuk diri sendiri jugakkan kalau kita buat bukan untuk orang lain pun. Manusia mmg perlu diingatkan selalu.....

    ReplyDelete
  12. saya baru tahu pasal ni
    terima kasih untuk perkongsian ni

    ReplyDelete
  13. Selalunya buat yang no.10.
    Lupa nak test Abe.
    Dia ada belajar tapi sebelum ni belum lancar.

    ReplyDelete
  14. Sentiasalah kita semua berselawat ke atas Baginda Rasulullah saw. T kasih atas perkongsian & peringatan...
    menabung rhb lagi.. :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...