Oppo N3 Untuk Penggemar Selfie


Assalamualaikum ...

Oppo N3 Untuk Penggemar Selfie | Bismillah . CM mula mengenali jenama Oppo ketika membaca blog milik blogger Husein Raider . Beliau merupakan blogger yang sedang belajar di Mesir dan gemar travel . Katanya , Oppo sangat ohsem untuk mengambil gambar . Selepas itu CM menemui review Oppo N3 di blog BANKami.net . Ketika menyaksikan malam MLM kerusi panas , Oppo adalah penaja rasmi program itu . Maka , keterujaan untuk mengetahui tentang Oppo pun bermula .

Semalam CM habiskan banyak masa untuk mengenali Oppo ni . Oppo adalah produk smartphone keluaran negara China . Ada sebahagian dari kita agak skeptikel dengan produk made in China ini dari segi kualiti dan ketahanannya . Mereka lebih proud menggunakan Apple . Lenovo yang sedang hangat di pasaran juga keluaran China . Dan malam tadi , piala akhir bolasepak JDT melawan Pahang juga siarannya di taja oleh Oppo . Pergh , Oppo lagi !


 Oppo N3 Untuk Penggemar Selfie


Oppo N3 Untuk Pengemar Selfie 


Setelah menghabiskan banyak masa mengenali Oppo semalam , CM dapati kelebihan Oppo ialah kamera 16 megapixel yang boleh di putar . Maksudnya kamera itu untuk belakang tetapi anda boleh putarkannya ke hadapan untuk berselfie . Best kan ! Kamera Oppo N3 boleh berputar secara automatik sebanyak 206 darjah . Anda boleh memutar kamera Oppo N3 sebanyak 100 kali dalam masa 3 tahun . Teknologi kamera putar Oppo ini hanyalah satu - satunya yang ada di pasaran sekarang ini . Maka sudah tentu ianya akan menjadi kegilaan penggemar selfie malah traveller juga nanti .



 Oppo N3 Untuk Penggemar Selfie


Aplikasi Kamera Oppo N3


Untuk menjadikan gambar yang anda ambil jadi lebih cantik dan menarik , Oppo N3 telah menyediakan aplikasi - aplikasi yang menarik untuk anda terokai . Lihat sahaja imej aplikasi di atas , sudah membuatkan anda cukup teruja bukan ! Mungkin juga jurugambar amatur boleh bermain dengan aplikasi ini . Agak sesuai untuk mereka yang gemarkan travel yang sudah tentu menyusahkan untuk bawa banyak barang dalam satu masa .


 Oppo N3 Untuk Penggemar Selfie


Auto Panorama Oppo N3


Bagi yang gemar merakam gambar , melalui Oppo Pure Image Processing 2.0+ , mode khas untuk rakanman Auto Panorama  , anda akan dapat merakam gambar panorama menegak  atau melintang secara automatik dan anda pastinya akan melihat hasil yang lebih baik berbanding melakukannya secara manual . Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memegang smarthone Oppo N3 secara statik dan kamera itu akan berputa secara automatik untuk merakam gambar . 



 Oppo N3 Untuk Penggemar Selfie


Berada Di Pasaran Pada Malaysia



Oppo telah melantik m- Mobile Malaysia sebagai agen rasmi di sini untuk melancarkan Oppo N3 yang dijangkakan akan dilakukan pada November / Disember iaitu sebelum Krismas . Buat permulaan , Oppo sudah memulakan promosinya dengan menaja program Maharaja Lawak Mega di Astro juga perlawanan akhir bolasepak JDT menentang Pahang malam tadi . Harga secara tepat tidaklah diketahui tetapi ianya dianggarkan sebanyak RM 1998 hingga RM 2098 . Di Malaysia , smartphone Oppo N3 didatangkan hanya dalam warna putih sahaja .

Untuk mengetahui lanjut tentang Oppo N3 , anda boleh klik di SINI .



~ Sumber Informasi ~



18 Responses to "Oppo N3 Untuk Penggemar Selfie"

  1. Betul tu CM..kalau brand china memang skeptikal sikitkan...tapi this one not bad..bolehlah try..

    ReplyDelete
  2. Skang nih brand oppo memg jd pilihan kan

    ReplyDelete
  3. Teruja sangat dengan Oppo nie ;)

    ReplyDelete
  4. Menarik ni..
    Function nya juga banyak...

    ReplyDelete
  5. oh baru tau kamera mcm tu.. hehe

    ReplyDelete
  6. Promosi Oppo sekarang kemain rancak...kalah dah jenama terkenal seperti Samsung kan vee

    ReplyDelete
  7. Saya tengok macam best je Oppo ni..

    ReplyDelete
  8. suka sebab putar heee...tapi kalau dapat ia satu kelebihankan sis ;)

    ReplyDelete
  9. boleh tahan spek camera.. tapi tak rajin selfi okay tipu *lari*

    ReplyDelete
  10. Oppo.. teringin tapi rasanya belum capai tahap nak lagi :)

    ReplyDelete
  11. harga macam mahal sangatlah....dengan banyak lagi pilihan telefon pintar yang lain

    ReplyDelete
  12. Cantik la rekabentuknya... nampak elegant dengan warna putih tu...

    ReplyDelete
  13. Dah ramai yg kata brand ni bagus..
    Rasa mcm patut cuba je..

    ReplyDelete
  14. Jenama lain sangat rasa tergugat dengan kehadiran Oppo ni.. >__<

    ReplyDelete
  15. Baru tau pasal Oppo N3 ni.
    Selalu x pernah tau.

    ReplyDelete
  16. saya pula tengok bola tahu jenama OPPO ni =)

    ReplyDelete
  17. Pada saya brand china ni klu yg branded mmg ada kualitilah.. sempoi juga.. :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...