Pelaburan Emas Satu Alternatif


Assalamualaikum ...


Dengan lafaz Bismillah . Semalam CM ada membaca tentang emas di blog mr. Titan Entah . Maka CM teringat entry CM diblog lama iaitu pelaburan emas satu jaminan . Memandangkan blog itu CM sudah gantung dan hanya untuk tatapan CM sahaja , sekarang CM republish di blog ini dan tambah sedikit untuk dikongsi bersama pembaca budiman . Sedarkah anda bahawa pelabura emas ini adalah satu alternatif di kala kos sara hidup serta harga barangan , minyak yang meningkat dan bakal menyusul pula GST .


 Pelaburan Emas Satu Alternatif


Pelaburan Emas Satu Alternatif



Pelaburan emas satu alternatif yang sangat menguntungkan dan selamat berbanding dengan pelaburan lain . Orang disekeliling CM , ramai yang buat pelaburan emas untuk masa depan . Tak perlu beli banyak . Cukuplah sekadar satu dinar emas atau satu gram emas sebulan juga sudah memadai . Ikut kemampuan masing - masing . Bila tetiba datang musibah dan kita tak ada wang yang cukup , emas ini boleh dijual untuk mendapatlkan tunai .

Sepupu saya telah mengamalkannnya sejak CM masih kecil lagi . Kalau tengok bangle yang dia pakai hingga ke siku , memang boleh urut dada lah ! Dia hanya sekadar menjual burger di tepi jalan berhampiran deretan kilang . Bila ditanya , memang suka pakai emas banyak ker . Jawapannya ; emas ni boleh jual balik bila terdesak dan boleh jual balik bila harga emas naik . Dengan emas dan hasil penjualan burger , beliau dapat membeli sebuah rumah dan sebuah kereta serta membesarkan 4 orang anak di tengah bandar Johor Baharu .


 Pelaburan Emas Satu Alternatif



Kelebihan Pelaburan Emas .


 Pelaburan yang mampu memberi pulangan keuntungan tahunan melebihi 15-20% jauh lebih baik daripada ASB, Simpanan Tetap (FD), unit trust, mutual fund atau takaful.

Risikonya adalah yang PALING rendah untuk mengalami kerugian. Dalam bahasa mudahnya, duit yang anda labur tu tak ‘hangus’ begitu sahaja. Emas bersifat kekal dengan nilai .

Mempunyai tahap ‘kecairan’ yang tinggi. Maksud kecairan ialah keboleh-upayaan untuk pelaburan anda itu ditukarkan semula kepada wang tunai pada bila-bila masa. Mana tahu tiba-tiba anda memerlukan wang tunai dalam keadaan yang terdesak.

Pelaburan yang kalis inflasi. Wang yang anda laburkan itu tidak mengalami susut nilai dari segi matawang. Tak kira walaupun nilai matawang jatuh akibat inflasi, pelaburan anda masih kekal nilainya. Malah bertambah-tambah nilai pulangannya.

Tak perlukan modal besar berpuluh-puluh ribu RM seperti pelaburan hartanah. Belum masuk lagi soal urusan prosedur jual-beli, urusan dokumen, serta upah lawyer untuk pemilikan hartanah tersebut. Makan masa berbulan-bulan baru settle.


 Pelaburan Emas Satu Alternatif


Zakat Emas


Perlu diingat , simpan emas kena bayar zakat . Sekarang dah banyak bank yang menyediakan skim ar- Rahnu . Tak perlu susah payah nak bayar sendiri zakat simpanan sebab bank dah tolong bayarkan . Kalau nak simpan sendiri pun tak mengapa . Pembayaran zakat kita boleh buat sendiri di kaunter zakat . 

Bila sebut pasal zakat , ramai orang yang merasakan zakat tu beban sedangkan tak kisah pun bayar cukai setiap tahun ! Tu hakikat tentang sikap manusia materialistik . Bukan banyak pun , cuma sekadar 2.5 % daripada 85 gram emas yang disimpan dalam setahun . Bayaran zakat emas tidak sama bagi setiap negeri . Anda boleh klik SINI untuk ketahui cara pengiraan .



 Pelaburan Emas Satu Alternatif



Pelaburan Emas Untuk Masa Depan



Kita selalunya tak kisah habiskan beribu RM untuk pergi bercuti atau berbelanja untuk hari raya juga mendapatkan gadget terbaru yang sekadar untuk kepuasan sedangkan dengan jumlah yang sama , kita boleh buat pelaburan emas dan mendapat keuntungan berganda bila harganya naik . Pelaburan emas untuk masa depan ini bukan setaka dapat pergi ke Krabi atau Bali , malah kota Paris pun anda boleh pergi juga .

Bagi yang merancang sebuah perkahwinan , pelaburan emas adalah persediaan yang sesuai untuk jangka panjang . bukan sekadar boleh bernikah , malah boleh menyediakan prasarana yang selesa kepada keluarga . Tapi , anda kena bermula dari sekarang . Membeli emas ketika harga sedang merundum adalah langkah yang bijak . Kalau tak mampu nak beli syiling emas , anda masih boleh beli barang kemas .



 Pelaburan Emas Satu Alternatif



Adalah lebih baik anda beli sendiri di kedai emas dan menyimpannya di bank atau juga simpan sendiri tanpa melalui mana - mana pihak untuk mengelakkan sebarang penipuan . Kalau anda hendak membeli melalui agen , pastikan ianya boleh dipercayai . Malah anda mungkin akan tertarik dengan konsep ' buy back ' pula nantinya .



* NOTA :

Nak mas kahwin dalam dinar emas ... ermmm .




Disediakan Oleh :







3 Responses to "Pelaburan Emas Satu Alternatif"

  1. Bilalah nak melabur emas ni?
    Malas pulak nak godek website bank.

    ReplyDelete
  2. Rasa teringin buat pelaburan emas ^_^

    ReplyDelete
  3. skg hrga emas agak turun..mungkin masa yg sesuai untuk beli (^_^)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...