Assalamualaikum ...
Doa Yang Menjadi Kenyataan | Kenalkah para pembaca dengan Syeikh Abdurrahman As Sudais ? Beliau sebenarnya merupakan Imam Besar Masjidil Haram . Juga seorang hafidz yang memiliki suara yang sangat menyentuh para ma'mum juga pendengarnya . Seperti suara yang turun dari langit .
Doa Yang Menjadi Kenyataan
Ada cerita menarik dalam hidupnya . Maka TI nak berkongsi di sini . Kisah doa yang menjadi kenyataan dalam hidupnya .
Ketika beliau kecil, ada satu ketika, orang tuanya akan menyambut kedatangan tetamu kehormat. Maka bonda Syeikh Sudais telah menyiapkan hidangan . Antaranya , memasak kambing .
Ketika hidangan sudah siap disediakan , masuklah Sudais ke dalam rumahnya selepas sudah puas bermain di luar . Maka terkejutlah bondanya bila dia nampak perlakuan Sudais . Sudais menabur pasir ke dalam hidangan kambing !
Dengan perasaan terkejut bercampur marah , bunda Sudais pun lancar berkata ;
" Dasar kamu anak nakal ! Awas kamu kalau sudah besar , kamu akan menjadi IMAM MASJIDIL HARAM ! "
Kemarahan bundanya telah dimakbulkan Allah . Maka bila beliau dewasa , jadilah dia Imam Masjidil Haram . Seperti apa yang diucapkan bundanya masa beliau kecil dulu .
Apa yang kita ucapkan dimulut adalah doa . Sama ada perkara buruk atau baik , kemungkinan Allah akan makbulkan . Apatah lagi kalau keluar daripada mulut seorang ibu . Tidak kira dalam keadaan apa sekalipun .
TI teringat satu ketika dulu , ketika anugerah tokoh Ma'al Hijrah . Disiarkan secara langsung di TV . Seorang ibu tunggal yang menerima anugerah itu memberitahu bahawa setiap kali dia marahkan anaknya , dia berkata ; " ANAK BERTUAH ! "
Mungkin sebab itulah , anak - anaknya sentiasa bertuah dalam pelajarannya . Itulah rahsia kejayaan anak - anaknya memasuki universiti dalam dan luar negara .
Oleh sebab itu , jangan sakiti hati ibu . Kalau kita nak hajat kita diterima Allah , minta ibu tolong doakan . Sesungguhnya doa ibu itu sangat mustajab !
Untuk para ibu , jangan ikut perasaan sangat bila marah . Bimbangnya nanti terkeluar dari mulut perkatan - perkatan yang kesat dan buruk yang mungkin akan Allah makbulka . Nanti anak sendiri juga yang terima akibatnya .
Pernah dengar kisah benar seorang ibu yg terlalu marah kepada anak lelaki yg sering menyusahkannya, ibu itu berkata: "Hang ni menyusahkan mak sajalah. Kalau mati lagi baik!!". Tak sampai 24 jam doa ibu itu dimakbulkan Allah, anaknya meninggal akibat kemalangan jalan raya tak sampai beberapa minit lepas keluar dari rumah ibunya...
ReplyDeletedoa mak paling cepat makbul....oleh itu buat yang terbaik untuk mereka sementara mereka berada di dunia ini..
ReplyDeleteSebab tu kita kena cakap yang baik-baik kerana ia kekadang jadi doa...
ReplyDeletePeringatan buat kita semua juga tu... lain kali nak marah budak2.. marah dgn doa yg baik.. thanks sharing CN.. physiogel lagi.. :D
ReplyDeletedoa seorang ibu memang mustajab kan....kepada ibu2 semua leh laa doakan yg terbaik utk anak2..semoga leh menjadi insan yg beramal dan beriman di satu hari nanti
ReplyDeleteye...doa ibu mmg makbul...untg sape2 yg masih ade ibu/emak/mama..
ReplyDeletealhamdulillah.. bagus la kalau macam tu..
ReplyDelete