Tahukah Anda : Kisah Disebalik Misteri Pulau Hashima Jepun | Pulau Hashima yang terletak di Nagasaki Jepun merupakan pulau buatan Manusia . Hashima Island yang juga dikenali sebagai Gunkanjima ( Battleship Island ) mempunyai bentuk seperti kapal perang ( kapal laut ) dan memiliki keluasan sebanyak 60,000 meter persegi .
Kisah Disebalik Misteri Pulau Hashima Jepun
Pulau Hashima sebenarnya telah dibangunkan oleh Syarikat automobile Mitsubishi sebelum Perang Dunia Ke-dua kerana perlombongan batu arang . Batu arang ketika itu amat diperlukan sebagai medium menjana arus elektrik .
Pulau Hashima dibina lengkap dengan keperluan asas beribu pekerjanya seperti rumah , pasar , rumah sakit , sekolah , restoran , bar dan mini panggung wayang pada tahun 1950 .
Apabila arang batu tidak lagi diperlukan sebagai bahan menjana arus elektrik , pada tahun 1974 , para pekerja telah meninggalkan meninggalkan pulau itu . Maka pulau itu menjadi sunyi dan terbiar . Banyak bangunan menjadi usang dan runtuh . Keadaan itu menjadikan pulau Hashima sebagai pulau terpencil di dunia .
Apabila dah lama terbiar kosong , suasana malam di pulau Hashima agak menyeramkan . Malah ada yang mengatakan ianya berhantu . Ianya tidaklah mustahil kerana ianya sudah lama terbiar dan pulau ini telah ditutup untuk dikunjungi oleh orang awam .
Pada tahun 2008 , pulau Hasima telah menjadi tajuk utama sehinggalah satu organisasi mencadangkan agar pulau Hashima dijadikan sebagai tapak warisan dunia .
Justeru itu pada tahun 2009 , kerajaan Jepun telah membuka semula pulau Hashima sebagai salah satu tempat pelancongan .
Penggambaran Filem
Pulau Hashima telah dijadikan lokasi penggambaran untuk dua buah filem setakat ini iaitu filem
- James Bond
- Hashima Project
Dalam filem James Bond , Raoul Silva (dilakonkan oleh Javier Bardem) telah mendirikan markasnya dan memainkan peranannya sebagai penggodam di pulau itu.
Manakala melalui filem Hashima Project pula , sekumpulan 5 orang pelajar dari Thailand datang ke pulau Hashima tanpa sedar telah membawa pulang bersama roh yang kemudiannya mengganggu mereka .
Di dalam filem-filem tersebut , anda dibawa melihat ke hampir keseluruhan pulau hashima . Ada perasaan menyeramkan bila menontonnya .
Kini Pulau Hashima telah menjadi salah satu tarikan pelancong di Nagasaki Jepun dan sudah mula terkenal di dunia . Pulau buatan manusia ang diwujudkan kerana perlombongan tetapi lengkap prasarananya . Sekiranya ianya diperindahkan lagi , mungkn ianyanya lebih menarik .
0 Response to "Tahukah Anda : Kisah Disebalik Misteri Pulau Hashima Jepun"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...