Assalamualaikum ...
Hukum Memakai Celak Mata Dan Eyeliner | Dengan lafaz Bismillah . Ramai orang suka memakai celak kerana ianya mencantikkan mata anda . Tetapi adakah ianya dibenarkan kepada wanita memandangkan ianya boleh menarik perhatian lelaki yang memandangnya . Maka disini saya cuba berkongsi apa sebenarnya hukum memakai celak dan eyeliner pada wanita .
Hukum Memakai Celak Mata Dan Eyeliner
Sunat Bercelak Mata
Rasulullah memakai celak pada kening mata sebanyak 3 kali . Selain itu baginda memakai celak pada bahagian bawah bulu mata atas dan juga bawah mata sahaja sebagaimana hadis di bawah ini .
Ibnu Majah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Hendaklah kamu memakai celak mata, kerana dapat menerangkan (menyihatkan) mata dan menyuburkan bulu mata”
(At Tibbun Nabawi)
Dalam hadis lain dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;
“Rasulullah SAW mempunyai bekas celak mata khas. Apabila mencelak matanya, Baginda SAW menyapu sebanyak tiga kali” (Ibnu Majah – At Tibbun Nabawi)
Berdasarkan hadis di atas , jelas menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak memakai celak di kelopak mata . Bercelak mata sunat bagi wanita, dengan syarat bercelak pada bulu mata dan kening sahaja tanpa berlebih-lebihan sehingga menyerupai solekan wanita jahiliah. Seperti mewarnakan kelopak mata dengan pelbagai warna, memakai eyeliner , menambah alis mata palsu dan sebagainya, termasuk memerahkan pipi dan mengincukan bibir dengan warna merah berlebihan adalah dilarang, kerana semuanya adalah tabarruj jahiliah yang dilarang. Namun, jika wanita bersolek untuk suaminya, walaupun menyerupai tabarruj jahiliah adalah digalakkan dan sunat pula (berpahala). Tapi jika untuk keluar rumah dan untuk diperlihatkan kepada umum sahaja adalah dilarang.
Penjelasan Tentang Eyeliner
Bila disebut solekan kelopak mata , ianya termasuk memakai eyeliner seperti gambar di atas . Pemakaian eyeliner sangat popular sekarang . Malah wanita bertudung juga turut memakainya . Tahukah anda , wanita zaman jahiliah / firaun juga gemar memakai solekan kelopak mata sebegitu . Pemakaian eyeliner pada mata akan menonjolkan lagi kecantikan mata tersebut . Malah tidak dapat disangkal bahawa ianya akan menarik mata yang memandang bukan sahaja lelaki juga wanita . Dalam Islam , sekiranya sesuatu yang menarik perhatian pandangan orang lain sehingga pemandangnya itu tergoda , maka ianya adalah berdosa dan hukumnya haram .
Firman Allah yang bermaksud :
... dan janganlah kamu mendedahkan diri (bersolek) seperti cara orang Jahiliah zaman dahulu ... (Surah Al-Ahzab: 33)
Pada pandangan saya , pemakaian eyeliner sama seperti solekan zaman Jahiliah . Kalau anda rasa eyeliner itu tidak sama dengan solekan mata wanita zaman jahiliah , itu terpulang kepada persepsi anda sendiri . Setakat ini saya tidak menemui lagi kenyataan ustaz / ustazah di tv , di google tentang hukum pemakaian eyeliner . Tetapi berdasarkan keterangan diatas tentang hukum bercelak mata iaitu melarang bersolek seperti cara orang Jahiliah , maka hukum memakai eyeliner sudah jelas . Wallahu 'alam .
Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Hukum memakai celak mata adalah harus samada bagi lelaki atau perempuan dan merupakan perhiasan yang pernah di pakai oleh Nabi saw sebagaimana hadith Tirmizi dan Ibn Majh dari Ibn Abbas ra yang bermaksud :
"Adalah pada Nabi saw suatu celak yang digunakan oleh baginda 3 kali waktu tiap kali memakainya"
Dalam hadith yang lain pula Nabi saw bersabda yang maksudnya :
"Siapa yang pakai celak maka hendaklah dipakainya 3 kali"
Berkata ulama "siapa" dalam hadith tersebut termasuk juga kaum wanita.
Jadi ulama telah menetapkan harus memakai celak bagi lelaki atau perempuan dan tiada larangannya melainkan pada ketika mengerjakan haji iaitu makruh hukumnya. Perlu diingatkan bahawa perhiasan yang di larang ke atas kaum wanita itu bukannya celak tetapi alat-alat solek seperti gincu, pemerah pipi dan seumpamanya yang banyak kita lihat hari ini. inilah perhiasan yang menimbulkan fitnah kepada kaum lelaki.
Faedah Lain Bercelak Mata
Seperti mana yang disebut di dalam At Tibbun Nabawi, bahawa perbuatan mencelak mata boleh mendatangkan beberapa faedah :
i. Menyihatkan mata
ii. Menguat dan membersihkan (menerangkan) pandangan
iii. Menghilangkan penyakit mata
iv. Mencantikkan warna atau menyinar cahaya mata
Tip
Sesiapa yang mengalami sakit mata , adalah lebih baik anda cuba meletakkan celak mata makkah sama ada yang berbentuk serbuk atau tidak , di bawah bulu mata atas dan pada bulu mata bahagian bawah . Insha Allah , dengan mengamalkan sunnah Rasulullah ini , mata anda yang sakit akan sihat . SI dah cuba melakukannya .
Sesiapa yang mengalami sakit mata , adalah lebih baik anda cuba meletakkan celak mata makkah sama ada yang berbentuk serbuk atau tidak , di bawah bulu mata atas dan pada bulu mata bahagian bawah . Insha Allah , dengan mengamalkan sunnah Rasulullah ini , mata anda yang sakit akan sihat . SI dah cuba melakukannya .
oooo
ReplyDeletebaru jelas sikit bab ni =)
Kekadang ni kita tak tahu bab2 ni semua kan Sis Vee..Bila dah diterangkan macam ni sekurang2nya dapat manfaat dapat jugak ilmu ..
ReplyDeleteBesar manfaatnya memakai celak ni kan.. T kasih atas perkongsian Vee.
ReplyDeletemelabur di rhb sini.. :)
ini bermakna boleh bercelak tetapi jgn terlalu berlebihan...
ReplyDeleteAlamak.
ReplyDeleteSaya pakai eyeshadow.
Erkk..
Blusher x pakai.
Gincu tu yang jenis lip balm ada merah sikiiit.
ooo mcm tu, info utk hari ini.. thanks for sharing ye.. :)
ReplyDeleteterima kasih. tapi saya tak pakai eyeliner. teringin nak pakai je.hahaha :)
ReplyDeleteainniah.com
Tq 4 info..mohon share
ReplyDeleteT.kasih Vee.
ReplyDeletekalau saya kata rasulullah tak pernah bercelak adakah anda percaya yang bercelak nabi musa dan juga ahli sufi.
ReplyDeletetq sis.. baru tau
ReplyDeleteSangat berguna.. terima kasih. Ilmu yg sgt bermanfaat
ReplyDeletetips yg bagus.. nice share..
ReplyDelete