Assalamualaikum ...
Bismillah . Oleh kerana berlakunya banyak pencerobohan , pembunuhan dan pemerasan hak , maka Allah Yang Maha Kuasa yang mengetahui keadaan dan perilaku manusia , menetapkan hukuman qisas yang perlu dilaksanakan iaitu hukuman balas kepada orang yang melakukan pembunuhan pembunuhan dengan sengaja .
Firman Allah yang bermaksud :
" Oleh kerana itu KAMI tetapkan ( sesuatu hukum ) ke atas Bani Israel , iaitu barang siapa membunuh seorang manusia bukan kerana dia membunuh orang lain atau bukan kerana melakukan sesuatu kerosakan di bumi , maka seolah - olah ia telah membunuh manusia seluruhnya dan barang siapa yang memelihara nyawa seorang manusia , maka seolah - olah ia memelihara nyawa manusia keseluruhannya . Sesungguhnya rasul - rasul Kami telah datang kepada mereka membawa pengajaran - pengajaran yang jelas kemudian ramai di antara mereka sesudah itu menjadi manusia - manusia pelampau di muka bumi . "
( al-Maidah : 32 )
Hukuman Qisas
Hukuman qisas ini sebenarnya telah dikuatkuasakan ke atas Bani Israel di dalam syariat yang ditetapkan kepada mereka .
Di dalam Islam , perbuatan bunuh adalah satu dosa besar . Membunuh seorang yang lain seolah - olah menyamai perbuatan membunuh seluruh manusia . Tindakan menyelamatkan satu nyawa seolah sama seperti menyelamatkan nyawa seluruh umat manusia .
Hukuman qisas yang wajib dilaksanakan ini mempunyai kesan besar dalam membentuk dan mempertahan hak asasi manusia kerana ia mencegah pembunuhan yang dilakukan dengan sewenangnya oleh orang lain . Ia mempertahankan maruah manusia , mengawal dan membentuk keamanan dan ketenteraman hidup .
Allah merakamkan dalam ayat di atas , kecaman terhadap Bani Israel yang ingkar dalam melaksanakan suruhan Allah s.w.t. dalam bentuk peraturan dan penguatkuasaan undang - undang . Rasul yang didatangkan epada mereka , mereka hinakan dan rendahkan .
Sikap yang melampau batas mereka adalah contoh sikap degil golongan yang mengingkari perintah dan suruhan Allah s.w.t. .
Membendung Salah Laku
Allah yang menciptakan manusia , mengetahui perilaku dan sifat manusia , telah menetapkan hukuman qisas untuk membendung salah laku dalam jenayah pembunuhan yang dilakukan manusia .
Sikap Bani Israel yang mengingkari perintah Allah merupakan sikap manusia yang dimurkai Allah s.wt. .
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )
~ Cetusan Minda ~
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )
~ Cetusan Minda ~
Allah Maha Mengetahui dan tahu apa yg terbaik buat manusia.. cuma manusia je ada yg ingkar akibat bisikan syaitan...
ReplyDeletephysiogel di hujung minggu.. :)
Malangnya hari ini, sama ada hukuman ini disalah-guna atau disalah ertikan..
ReplyDeletenice info :)
ReplyDelete