Membersihkan Peralatan Dapur


Assalamualaikum ...

Bismillah . Ada pelbagai peralatan dapur yang kita gunakan . Kaedah atau cara membersihkannya juga berbeza . Tapi oleh kerana ramai para ibu yang memiliki masa di dapur yang terhad , maka mereka hanya gunakan bahan yang sama yang ada di pasaran untuk membersihkan peralatan dapur mereka .

Membersihkan Peralatan Dapur


Ada beberapa peralatan dapur yang perlu dibersihkan menggunakan bahan dan cara yang berbeza . Untuk mengetahui bagaimana membersihkan peralatan dapur yang berbeza ini , mari kita lihat cara - caranya sebagaimana di bawah .


1. Peralatan Tembaga


Membersihkan Peralatan Dapur
Untuk membersih dan mengilatkan barang tembaga , anda hanya perlu potong lemon , cecahkan pada garam kemudian gosokkan pada barangan tembaga tersebut .



2. Hangus Pada Dasar Kuali












Untuk menghilangkan hangus pada dasar kuali , langkah yang perlu anda lakukan adalah tuangkan air ke dalam kuali . Kemudian masukkan secawan cuka putih . Masak air bercampur cuka hingga mendidih . Selepas itu , angkat kuali dan masukkan 2 sudu makan serbuk penaik dan gaul sebati . Kosongkan kuali dan gosoklah hangus itu sehingga bersih .

3. Pemarut Keju


Membersihkan Peralatan Dapur

Untuk membersihkan pemarut yang masih ada kesan keju , anda perlu parut sekeping kentang mentah bersama asid oksalik . 
[source: Household Magic]

4. Pemanggang Arang


Membersihkan Peralatan Dapur
Ambil bawang putih , buang kulitnya . Potong separuh kemudian cucukkan pada garfu . Selepas itu , sapukan pada pemanggang yang sedikit panas . Bawang itu bukan sekadar membersihkan malah juga akan menambah aroma bila anda memanggang selepas itu .

5. Mencerahkan Gelas


Membersihkan Peralatan Dapur
Tuangkan cuka keatas kertas tisu dan gosokkan pada gelas . Hasilnya gelas kaca anda akan lebih bersinar .

6. Kesan Kopi ada Mug


Membersihkan Peralatan Dapur
Taburkan serbuk penaik dan sedikit air . Biarkan seketika . Selepas itu , gosoklah hingga hilang kesan kopi pada mug tersebut .

7. Pengisar Kering


Membersihkan Peralatan Dapur
Kisar 1 sudu makan serbuk penaik dan kesat pengisar hingga bersih . 

8. Hilangkan Kerak Oven


Membersihkan Peralatan Dapur
Masukkan mangkuk yang berisi 1/2 cawan ammonia ke dalam oven yang sejuk . Biarkan semalaman . Bolehlah anda kesat bersih pada keesokan harinya .

9. Papan Pemotong


Membersihkan Peralatan Dapur
Untuk jenis papan pemotong dari jenis kayu , anda perlu gunakan lemon dan garam kasar . Caranya , potong dua buah lemon dan taburkan garam kasar keatasnya kemudian gosokkan pada papan pemotong . 

Membersihkan Peralatan Dapur




snapguide.com


Manakala papan pemotong plastik pula , anda perlu merendam papan pemotong di dalam campuran klorox dan air di dalam sinki sekurang - kurangnya selama sejam .



10. Bekas Pembakar Kaca


Membersihkan Peralatan Dapur
Renyukkan dan bentukkan bulat kerajang aluminium , tambah sedikit sabun penncuci dan gosokkan pada bekas pembakar kaca 


11. Kelotoran Pada Kabinet Dapur


Membersihkan Peralatan Dapur
Campurkan minyak sayuran dan serbuk penaik . Gosok ada Kabinet dapur menggunakan berus gigi .

12. Microwave


Membersihkan Peralatan Dapur

Panaskan semangkuk air bercampur dengan cuka selama lima minit . Selepas itu , laplah kekotoran yang ada .

13. Stove Burners


Taburkan serbuk penaik dan 1 sudu makan hydrogen peroxide ke atas setiap pembakar . Biarkan selama 15 minit . Selepas itu , gosoklah kekotoran sehingga hilang . 
Diharap panduan diatas dapat membantu para ibu yng buntu mahu mencari penyelesaian ke atas masalah peralatan dapur mereka . Selamat berhujung minggu .


~ Cetusan Minda ~




14 Responses to "Membersihkan Peralatan Dapur"

  1. Terima kasih vee ats perkongsian ini..

    ReplyDelete
  2. Sy masak meggi je.tp thanks for the info.

    ReplyDelete
  3. Jimat juga dpt guna lemon ye.. thanks sharing CM..
    tengok kgboycitygal.. :D

    ReplyDelete
  4. Salam...

    terima kasih atas tips yang bermanfaat ini....boleh cuba nanti...

    ReplyDelete
  5. satu informasi yang cukup menarik..boleh cuba juga kat rumah selepas ini..

    ReplyDelete
  6. Wow haibatnya Vee....
    Dahsyat jugak penangan serbuk penaik tu kan...
    Bukan main lagi masuk dlm perut kita kalau makan kek hish.....

    Vee....nak pergi blog satu lagi tu....apa URL ek?

    ReplyDelete
  7. mak sy pya petua..utk bersihkan tembaga...rendam dengan kulit nenas semalaman....pastu baru gosok...bersih jerrr pastu...heheheh

    ReplyDelete
  8. cuka...byk kelebihannya tu ya

    ReplyDelete
  9. Info yang sangat berguna nie, balik keja zumal nak try laa ^-^

    ReplyDelete
  10. Thanks for the tips.
    Ada diantaranya yang saya baru tahu

    ReplyDelete
  11. Terima kasih CM, nanti Ros nak try yang nombor enam tu..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...