Kenaikan Tambang Baru Bas Ekspress


Assalamualaikum ...

Bismillah . Satu ketika dulu , bas eksprss adalah pengangkutan yang diperlukan untuk melakukan perjalanan jauh . Pada ketika itu tak ramai orang yang mampu memiliki kereta . Malah para pelajar juga orang kampung merupakan pengguna utama untuk menuju destinasi mereka .


Kenaikan Tambang Baru Bas Ekspress


Kenaikan Tambang Baru Bas Ekspress


Pada awal 90-an , CM menggunakan bas ekspress untuk melakukan perjalanan jauh , Pada ketika itu status hanyalah sorang pelajar . Harga tiket bas ekspress dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur masih lagi di bawah RM 10 . Harga tiket paling mahal sekadar RM 12+ untuk mendapatkan perkhidmatan bas ekspress yang lebih selesa .

Kini harga tersebut dah tak mungkin dapat dirasai lagi . Kenaikan tambang baru bas ekspress telah memberi tamparan kepada pengguna bas ekspress terutama pelajar . Hanya kerana GST , maka terpaksalah mereka menerimanya walaupun jumlah tambang baru bas ekspress itu di luar kemampuan mereka yang sekadar bergantung pada PTPN .

Persoalannya , adakah perkhidmatan bas ekspress juga selari dengan harga baru tiket tersebut ? Adakah bas ekspress menyediakan dan menjanjikan keselesaan ? Kalau masih berada di tahap yang sama terutama tahap keselamatan dan kecekapan pemandunya , dah tak rasional lah kan . Lainlah kalau setiap menumpang bas ekspress tersebut dilindungi insurance juga . Ada ke ? Kalau ada , baguslah .

Kesimpulannya , kenaikan itu biarlah sesuai dengan perkhidmatan yang ditawarkan . Jangan hanya kerana nak paksa penumpang bayar GST , maka terus je harga tiket dinaikkan . Beberapa bulan lagi nak sambut raya . Harapnya pada ketika itu tiada kedengaran rungutan dan kecelakaan bas di jalan raya .



~ Cetusan Minda ~




6 Responses to "Kenaikan Tambang Baru Bas Ekspress"

  1. kos hidup benar benar semakin meningkat sekarang ni...

    ReplyDelete
  2. GST belum implement lagi...harga dah naik..sabar aje lah

    ReplyDelete
  3. kalau harga tmbg kpl terbang lg murah better guna kapal terbang jer kan...hrga tmbg bas pon dh dekat ngn hrga tambang kapal terbang

    ReplyDelete
  4. naik, naik, dan naik, terus naik laggiiiii

    ReplyDelete
  5. Klu naik selalunya susah nak turun.. mmg skrng semua semakin naik. Ada yg kata gst nnti tak membuatkan kos naik tapi saya agak ragu dgn kenyataan mcm tu..

    ReplyDelete
  6. semua naik kenapa gaji kita x naik? ;-)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...